Thursday 17 October 2019

BIJAK GUNA TENAGA ELAKTRIK


Kita perlu menjadi pengguna yang berhemah, terutama mengelak pembaziran disebabkan sikap ambil mudah dan tidak kisah alatan elektrik terpasang tanpa dimanfaatkan.

Mengikut kajian, banyak pengguna elektrik tidak mematikan peralatan seperti kipas, lampu, penghawa dingin, televisyen dan komputer walaupun tidak dimanfaatkan fungsinya. 

Sikap tersebut kerana ‘malas’ dan menganggap kos yang ditanggung tidak besar mana, sedangkan jika dijumlahkan pembaziran untuk tempoh sebulan agak besar sehingga mencecah kira-kira 30 peratus jumlah bil yang perlu dibayar.

Oleh sebab itu, pengguna perlu diberi kesedaran untuk lebih berjimat dan mengambil kira setiap sen yang perlu dibelanjakan untuk elektrik. 

Selain itu, pengguna juga perlu menukarkan peralatan elektrik kepada yang cekap tenaga. Walaupun, perbelanjaan penukaran itu mahal, hakikatnya pengguna mendapat keuntungan jangka panjang untuk penjimatan elektrik selain kebaikan lain yang terdapat pada peralatan baru.

Data-data yang diperoleh  jelas menunjukkan bahawa industri dan bangunan komersial pengguna yang hanya mewakili 17.5 peratus daripada jumlah pelanggan TNB berdaftar, tetapi menggunakan kira-kira 77.7 peratus daripada tenaga elektrik berbanding dengan hanya 20.6 peratus oleh pengguna domestik yang mewakili 82 peratus daripada jumlah pengguna yang berdaftar dengan TNB.

Statistik daripada Suruhanjaya Tenaga mengenai trend dari tahun 1990 dan permintaan yang diunjurkan elektrik bagi Semenanjung sehingga 2030 menunjukkan pengguna industri dan bangunan komersial akan kekal sebagai pengguna terbesar pada tahun-tahun datang.

Dengan kata lain, selagi kerajaan memberi subsidi kepada sektor tenaga, bukan pengguna domestik yang paling banyak menikmatinya, tetapi sebaliknya sektor industri dan komersil.   

No comments:

Post a Comment