Monday 13 September 2021

UNTUNG ADA SERBA SEDIKIT PELBAGAI JENIS ULAM DI TEPI RUMAH

 
Ulam-ulaman memang baik dijadikan sebahagian menu harian. Terdapat macam-macam jenis ulam dan buah-buahan yang sesuai dimakan untuk kesihatan.

Pokok yang sesuai dijadikan ulam tidak sukar ditanam. Ada yang tumbuh secara meliar di kawasan kampung.

Kalau hendak sumber yang berterusan dan mudah diambil apabilan hendak makan, boleh sahaja pokok itu ditanam di sekeliling rumah.

Elok ditanam pokok jenis ulam daripada dibiarkan kawasan tepi rumah bersemak atau ditumbuhi rumput atau lalang.

Kalau kawasan rumah tidak berlaman, bolehlah tanam dalam pasu atau bekas.

Apa yang penting mesti rajin dan kreatif untuk menggunakan peluang dan ruang yang ada.

Selamat berkebun.

No comments:

Post a Comment