Tuesday 12 October 2021

HADIS BERKAITAN CARA CEGAH PENYAKIT

 
Hadis Rasulullah SAW merngkumi semua bidang. Ia termasuklah perkara yang berkaitan dengan bidang sains. Menariknya, apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW itu terbukt terbukti tepat melalui kajian dilakukan pakar bidang berkaitan pada zaman moden ini.

Sesungguhnya, sebagai umat baginda, kita perlu yakin akan kebenaran hadis berkaitan sains, biarpun menyedari bahawa perkara itu satu yang cukup rumit untuk difahami.

Hadis Rasulullah SAW tidak hanya meliputi atau berkaitan tauhid, ibadat atau perkara khusus kepada hukum Islam semata-mata. Terdapat banyak hadis yang merangkumi soal ketenteraan, ekonomi, sejarah dan tidak terkecuali ialah berkaitan dengan apa yang disebut kajian sains dan perubatan. 

Kemampuan Rasulullah SAW membicara perkara di luar konteks berkaitan agama, sering diperkatakan oleh pelbagai pihak sama ada yang mempercayainya atau sebaliknya.

Ini kerana yang mempercayainya, mereka yakin bahawa itu adalah keistimewaan Rasulullah SAW yang mana setiap yang diperkatakan oleh baginda merupakan wahyu di Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuannya dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, ayat 2-4)  

Bagi yang meraguinya, bersandarkan kepada bahawa banyak perkara yang diperkatakan itu dianggap perkara yang asing pada masa itu, dan tambahan pula dengan keadaan baginda yang buta huruf serta situasi semasa yang tidak ada kemudahan alatan untuk mengkaji mengenainya.

Memandangkan Rasulullah SAW tidak bercakap sesuka hati, melainkan itu adalah wahyu, maka tidak pelik jika perkara yang diperkatakan adalah sesuatu yang dianggap pengetahuan atau ilmu yang dianggap pelik, tidak diketahui atau memerlukan kajian pakar untuk mengetahuinya, diperkatakan oleh baginda.

Di antara hadis yang boleh dikaitkan dengan sains ialah berkaitan kewujudan penyakit berjangkit.

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda: “Tidak ada penyakit berjangkit, tiada sialan, tiada jelamaan roh manusia yang keluar dari keburunya dan tiad kecelakaan pada bulanSafar dan larilah kamu daripada orang yang berpanyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Suruhan agar lari daripada orang berpenyakit kusta adalah kerana penyakit itu mudah berjangkit kepada orang lain jika berhampiran dengan. Ini terbukti apabila kajian sains perubatan mendapat penyakit kusta adalah ada penyakit paling mudah berjangkit melalui sentuhan, perkongsian peralatan dan tinggal bersama. 

Oleh sebab itu, dalam dunia perubatan moden, cara paling berkesan untuk merawat pesakit kusta ialah dengan menempat mereka di satu pusat rawatan khas.

Di negara kita, satu ketika dulu terkenal Pusat Rawatan Kusta di Sungai Buluh yang menampatkan pesakit kusta. Mereka menjalani rawatan yang agak lama untuk sembuh dan itupun ada kesan kecacatan berkekalan yang dialami. 

Jelas sekali bahawa apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah perkara yang benar dan diakui melalui perubatan moden hari ini.

Jika pada zaman moden, penyakit kusta sukar diubati dan ada kesan berkekalan, apa lagi pada zaman dulu. Maka adalah wajar jika Rasulullah SAW mengaitkan penyakit itu satu yang amat berbahaya hingga perlu lari seperti takutkan singa. 

No comments:

Post a Comment