Lagu Selamat Sultan. Sejarah lagu rasmi negeri Kelantan
bermula pada tahun 1921 apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibni Sultan
Muhammad IV (gambar) telah mengarahkan agar digubah sebuah lagu kebangsaan negeri
Kelantan.
Ketua Pancaragam Pasukan Polis Kelantan, M.S. Menzis telah menerima
tanggungjawab sebagai penyelaras. Guru pancaragam, Abdul Aziz Abdullah telah
mencipta lagu untuk dipersembahkan kepada Sulan Ismail. Gubahan ini
kemudiannya diperhalusi semula oleh Mohamed bin Mohamed Saaid.
Pada 5 Julai 927 baginda telah memberi perkenan agar lagu
ini dimainkan pada Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda dengan nama
"Selamat Sultan".
Pada tahun 1930 seni kata lagu “Selamat Sultan" telah
digubah oleh pegawai pelajaran, Tengku Mahmud Mahyiddin.
Manakala liriknya pula ditulis lapan tahun kemudian, iaitu
pada tahun 1935, oleh Wan Ibrahim bin Wan Mustafa, seorang guru bahasa Melayu
lepasan Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.
Lagunya Selamat Sultan mengalami sedikit perubahan pada
irama dan rentak manakala lirik kekal terpakai sehingga sekarang.
LAGU SELAMAT SULTAN
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal mmerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan


No comments:
Post a Comment