Pas sudah biasa keluar masuk gabungan parti. Kata orang
macam ‘cak kapok ular lidi’. Bergerak ke sana ke mari mencuba nasib. Nampak
macam hebat, tetapi bisanya tidak seberapa.
Pas adalah salah satu parti komponen yang menubuhkan Barisan
Nasional (BN). Pas keluar BN apabila berlaku krisis dalaman dalam parti
tersebut sehingga Kelantan diiystiharkan MAGERAN 1977.
Pas bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah
menubuhkan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sehingga berjaya
menumbangkan BN di Kelantan dalam pilihan raya tahun 1990.
Namun, Semangat 46 meninggalkan Pas setelah dirasakan banyak
‘pengkhianatan’ Pas yang menodai perjanjian kerjasama. Pas dilihat lebih
mementingkan diri.
Jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang dijanjikan
kepada Semangat 46 diisi oleh pemimpin Pas secara tergesa-gesa. Namun, atas
desakan Semangat 46 berdasarkan persetujuan awal, maka dilantik seorang lagi
Timbalan Menteri Besar dari Semangat 46 yang menjadikan ada dua orang untuk
jawatan tersebut.
Hasil gabungan dalam APU, Pas berjaya memerintah Kelantan
dan kekal sehingga sekarang.
Pas tidak menyertai Gagasan Rakyat yang aktif sekitar 1990
hingga 1996 dengan alasan ia turut disertai DAP. Namun, kemudian Pas menyertai
Barisan Alternatif (BA) biarpun ada DAP di dalamnya. Parti lain dalam BA ialah
Keadilan dan PRM untuk menghadapi PRU tahun 1999.
Pas sekali lagi bersama DAP apabila menyertai Pakatan
Harapan (PH). Namun, Pas keluar meninggalkan PH.
Pada 13 Ogos 2016, Pas bersama dengan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (IKATAN) telah menubuhkan gabungan Gagasan Sejahtera yang kemudiannya
turut disertai Barisan Jemaah Islamian Se-Malaysia (BERJASA) pada 30 September
2017.
Pasca PRU14, Pas bersama UMNO menandatangani Piagam Muafakat
Nasional (MN). Namun, tidak lama selepas itu, Pas bergabung dengan Bersatu
menubuhkan atau menjadi komponen Pari Perikatan Nasional (PN).
Sekarang, PN bergelolak. Pas mula menyusun langkah untuk
berada pada keadaan lebih selamat untuk menghadapi PRU 16.
Berdasarkan sejarah, Pas memang sudah biasa keluar masuk
gabungan parti. Jadi, tidak perlulah UMNO menaruh harap untuk bersama dengan Pas.
Pas akan meninggalkan UMNO buat kali ketiga selepas itu.
