Sunday, 27 September 2026

TUGAS PEMANDU PELANCONG BERLESEN

 
Tugas pemandu pelancong berlesen. Tugas utama pemandu pelancong berlesen di Malaysia adalah berbeza daripada tugas seorang pemandu kenderaan pelancongan (pemandu bas, van, atau kereta) biarpun kedua-duanya terlibat dalam bidang pelancongan.

Berdasarkan garis panduan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), tugas dan tanggungjawab pemandu pelancong berlesen ialah memberi penerangan dengan menyediakan maklumat yang tepat, menarik, dan berfaedah mengenai sejarah, budaya, tempat-tempat menarik, serta warisan kepada para pelancong.

Pemandu pelancong berlesen juga bertanggungjawab menjaga kebajikan pelancong dengan memastikan keselamatan, keselesaan, dan keperluan pelancong sepanjang lawatan atau program pelancongan dijaga dengan baik.

Mereka juga bertanggungjawab membantu individu atau kumpulan pelancong semasa bergerak melalui tarikan pelancongan, muzium, bangunan bersejarah, atau kawasan semula jadi.

Pemandu pelancong berlesen beroperasi di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dengan mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh MOTAC. 

No comments:

Post a Comment