Kita perlu menjadi pengguna yang berhemah,
terutama mengelak pembaziran disebabkan sikap ambil mudah dan tidak kisah
alatan elektrik terpasang tanpa dimanfaatkan.
Mengikut kajian, banyak pengguna elektrik
tidak mematikan peralatan seperti kipas, lampu, penghawa dingin, televisyen dan
komputer walaupun tidak dimanfaatkan fungsinya.
Sikap tersebut kerana ‘malas’ dan menganggap
kos yang ditanggung tidak besar mana, sedangkan jika dijumlahkan pembaziran
untuk tempoh sebulan agak besar sehingga mencecah kira-kira 30 peratus jumlah
bil yang perlu dibayar.
Oleh sebab itu, pengguna perlu diberi
kesedaran untuk lebih berjimat dan mengambil kira setiap sen yang perlu
dibelanjakan untuk elektrik.
Selain itu, pengguna juga perlu menukarkan
peralatan elektrik kepada yang cekap tenaga. Walaupun, perbelanjaan penukaran
itu mahal, hakikatnya pengguna mendapat keuntungan jangka panjang untuk
penjimatan elektrik selain kebaikan lain yang terdapat pada peralatan baru.
Data-data yang diperoleh jelas
menunjukkan bahawa industri dan bangunan komersial pengguna yang hanya mewakili
17.5 peratus daripada jumlah pelanggan TNB berdaftar, tetapi menggunakan
kira-kira 77.7 peratus daripada tenaga elektrik berbanding dengan hanya 20.6
peratus oleh pengguna domestik yang mewakili 82 peratus daripada jumlah
pengguna yang berdaftar dengan TNB.
Statistik daripada Suruhanjaya Tenaga
mengenai trend dari tahun 1990 dan permintaan yang diunjurkan elektrik bagi
Semenanjung sehingga 2030 menunjukkan pengguna industri dan bangunan komersial
akan kekal sebagai pengguna terbesar pada tahun-tahun datang.
Dengan kata lain, selagi kerajaan memberi
subsidi kepada sektor tenaga, bukan pengguna domestik yang paling banyak
menikmatinya, tetapi sebaliknya sektor industri dan komersil.
No comments:
Post a Comment