Monday, 1 February 2021

ISMAIL SABRI SANTUNI PETUGAS SJR

Biarpun sibuk dengan tugas sebagai wakil kabinet menangani Covid-19, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa untuk meninjau pengoperasian dan menyantuni para petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Gombak.

Ketibaan Ismail Sabri bersama delegasi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe bersama beberapa petugas.

Beliau bersama delegasi kemudiaannya telah diberi taklimat ringkas mengenai pengoperasian sepanjang SJR dilaksanakan di kawasan tersebut.

SJR di Plaza Tol Gombak merupakan antara tujuh sekatan yang diadakan di Daerah Gombak dan ia merupakan salah satu daripada SJR penting bertujuan memantau dan mengawal pergerakan rentas negeri melibatkan laluan ke dan dari Pantai Timur.

Ismail Sabri turut bekesempatan mengagihkan sumbangan makanan dan peralatan perlindungan diri kepada anggota-anggota yang bertugas di SJR tersebut.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama delegasi iaitu KSU, Datuk Seri Muez bin Abd Aziz bersama PTD, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyantuni petugas barisan hadapan di SJR Jalan Pasar Sentul bagi tujuan sama.

Sebenarnya, menjadi rutin jadual Ismail Sabri melakukan tinjauan dan menyatuni untuk melihat sendiri operasi di lapangan yang melibatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kehadiran beliau bukan sahaja untuk melihat sendiri keadaan sebenar setiap tugasan anggota ATM, tetapi menaikkan semangat anggota melaksanakan tugas.

Selain itu, Ismail Sabri tidak ketinggalan untuk menyantuni veteran ATM yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang menjadi sebahagian organisasi di bawah Kementerian Pertahanan.  

Gambar: Kementerian Pertahanan Malaysia. 

No comments:

Post a Comment