Thursday, 29 April 2021

ZAHID TIDAK PERNAH ARAH WANITA UNTUK SOKONG ANWAR

Di media sosial tular konon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada bercakap dengan Wanita UMNO untuk mendapat sokongan bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, perkara itu dinafikan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, sepertimana dilaporkan di dalam UMNO Online.

Jelas Noraini, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

“Saya menafikan dakwaan bahawa wujud pertemuan antara Presiden dengan Wanita UMNO bagi meminta sokongan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali. Saya minta pihak berkenaan tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat,” katanya.

Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian susulan dakwaan daripada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Mohd Yassin yang berkata wujud gerakan untuk menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu untuk dilantik sebagai perdana menteri.

 

No comments:

Post a Comment