Friday, 9 July 2021

KEBAIKAN AMAL ALOE VERA

 
Aloe vera adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.


Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan antiseptik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tempoh keberkesanan penggunaan aloe vera bergantung kepada penerimaan badan individu. Sebagai bahan semula jadi, ia mengambil masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri. Tahap tindak balas badan manusia saling berbeza. 

No comments:

Post a Comment