Pokok
bunga kemunting cina sering menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan kerana
warnanya yang menarik selain tahan lama bagi menyerikan halaman rumah supaya
sentiasa kelihatan cantik.
Catharanthus
roseus adalah nama saintifiknya dan ia pokok renek yang tergolong dalam famili
Apocynaceae. Nama lain kemunting cina ialah vinca, kembang sari cina, pokok
tapak dara, pokok janda kedah, pokok rumput jalang dan ros pantai.
Pokok
kemunting cina banyak tubuh di kawasan tepi pantai dan kawasan tanah
berpasir. Sebab itu ia juga dipanggil ros pantai.
Pokok
ini mempunyai ketinggian 60 sentimeter (sm) dengan daun berwarna hijau tua
berukuran dua hingga empat sentimeter (sm) yang berbulu di sisi.
Daunnya
juga tersusun secara bertentangan, sementara bunganya pula terdiri daripada
lima kelopak dan berwarna putih, biru, ungu serta merah jambu.
Penjagaan pokok bunga itu tidak begitu
rumit, sekadar memerlukan baja dan pencahayaan mencukupi. Pokok ini boleh
dibiakkan secara keratan batang dan secara semaian biji benih.
Batangnya
yang berkayu sederhana keras, cepat bertunas jika ditanam secara keratan
batang. Ramai orang menanam pokok ini di dalam pasu dan dijadikan sebagai
tumbuhan hiasan.
Pokok
kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi. Petik 2 helai daun tersebut
kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup cawan tersebut. Apabila
sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi normal jika selalu kita
amalkannya.
Pokok
kemunting cina juga mujarab untuk mengatasi dan merawat kanser. Daun, bunga dan
buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang
terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan
mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser.
Rebusan
daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.
Pokok
kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine,
akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin.
Bahan-bahan
tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga
mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi
untuk rawatan kanser.
Pokok
kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh
merawat leukemia dan darah tinggi. 20 gram kemunting cina putih atau
merah (yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum
airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut.
Pokok
kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil
dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja. Jangan ambil terlalu
banyak pada satu-satu masa.
Wanita
hamil dan sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengamalkan persediaan
herba ini. Mereka mengalami masalah buah pinggang dan tekanan darah rendah juga
perlu menghindarkan menggunakan kemunting cina.
Walaupun
terdapat spesies yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan
perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesies liar) dikatakan
mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment