Kain pelekat (biasanya dieja pelikat) identiti lelaki Melayu. Ia dipakai kebanyakan lelaki Melayu ketika menunaikan sembahyang dan juga ketika santai dan melalukan aktiviti lain.
Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat.
Kain
pelekat dipercayai diperkenalkan ke Tanah Melayu pada zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang dari Palaiyakat (kawasan di timur laut Tamil
Nadu, India).
Antara barang dagangan mereka yang mendapat permintaan ialah kain
berwarna putih. Kain itu dipanggil kain pelekat sebagai mengambil nama asal pedagang
yang menjualnya.
Terdapat beberapa jenama kain pelekat terkenal di pasaran yang mendapat sambutan.
Dapatkan kain pelekat

No comments:
Post a Comment