Buah bidara kering. Ia dihasilkan dari buah bidara segar yang dikeringkan. Buah bidara kering juga dikenali sebagai kurma merah di kalangan penduduk Kelantan. Nama lain ialah kurma cina.
Keadaan buah bidara kering kecut dan kemik. Ia akan kembali kembang penuh apabila direbus atau direndam di dalam air.
Buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa mengamal makan secara berterusan.
Kandungan
manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal
bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang boleh datang dari mana sahaja
termasuk dari udara yang kita sedut ketika bernafas.
Bidara
kaya akan kandungan karbohidrat, lemak, karoten, protein, thiamin, riboflavin,
kalsium,niacin, fosfor, zat besi, serat, vitamin C, dan vitamin A.
Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal.
Buah bidara kering boleh dimakan terus atau direbus dengan campuran beberapa bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus dan sebagainya untuk dijadikan laici kang.
Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan. Buah bidara juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan digunakan sebagai perasa.

No comments:
Post a Comment