Saturday, 12 February 2022

Setia itu penting

 
Dalam proses pemilihan pemimpin di negara kita adalah berdasarkan kepada parti mana yang diwakili. Ia tidak hanya bergantung kepada populariti seseorang calon.

Sebab itu, ada pemimpin menang ketika mewakili satu parti, tetapi kalah apabila dia beralih kepada parti lain dalam pilihan raya berikut.

Justeru, pengundi sebenarnya lebih menilai kesetiaan kepada parti dalam menentukan pilihan semasa membuang undi.

Sesiapa yang melompat parti berulang kali dalam tempoh masa singkat, maka dia akan ditolak oleh pengundi, melainkan parti yang diwakili itu benar-benar kuat dan hebat.

No comments:

Post a Comment