Tuesday, 1 March 2022

HAKIKAT ERTI KEMATIAN

 
Kematian adalah pemutus kenikmatan dunia. Apa yang ada pasti kita tinggalkan. Baik harta yang melimpah mahupun isteri dan anak yang banyak pasti tidak bersama kita.

Itulah kehidupan dunia. Sifatnya sementara. Sampai masa pasti mati. Ada yang ketika muda sudah dipanggil kembali, dan ada yang sampai usia tua baharu dipanggil Ilahi.

Kita semua takut dengan namanya kematian. Kalu boleh nak hidup selamanya, tak mahu namanya mati. Lalu bagaimana mencapai syurga kalau tidak melalui fasa kematian. Atau yang kita takut asbab kematian kita dihumban ke dalam lubang neraka. Nauzubillah.

Maka berbuat baiklah semasa hayat dunia. Tingkatan amalan soleh masing-masing. Banyakan bertaubat kerana kita makhluk yang tak sunyi daripada berbuat dosa. Dan Allah itu sangat Maha Pengampun. Pasti dosa kita diampunkan. Mudah mudahan kita kembali bertemu-Nya dalam keadaan bersih daripada dosa dan noda.

No comments:

Post a Comment