Pasir
Puteh satu jajahan di Kelantan. Ia bersempadan dengan jajahan Kota
Bharu di sebelah Utara, jajahan Machang di sebelah Barat, jajahan Bachok di
sebelah Timur Laut dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Besut,
negeri Terengganu.
Pada
asalnya Pasir Puteh dikenali sebagai Pengkalan Limbungan. Nama ini ditukar
selepas lawatan Sultan Muhammad Ke-4 ke kawasan ini. Baginda melihat kawasan
gemerlapan dengan pasir putih memutih di sepanjang tebing Sungai Semerak. Pada
1911, Baginda telah merasmikan nama Pasir Puteh sebagai sebuah jajahan.
Jajahan
Pasir Puteh wujud sejak tahun 1905 dengan keluasan 433.8 kilometer persegi (167.2 batu
persegi).
Jajahan
Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu
ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk,
Jeram, Limbongan dan Semerak.
Topografi jajahan Pasir Puteh boleh dibahagikan kepada
dua keadaan yang besar iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah
rendah.
Terdapat
beberapa buah bukit di jajahan ini iaitu Bukit Mak Lipah, Bukit Jerus, Bukit
Bayoh, Bukit Belakang Parang, Bukit Batu Kawi, dan Bukit Peraksi.
Bukit
Mak Lipah adalah merupakan bukit
yang paling tinggi iaitu 269 meter yang terletak berhampiran dengan sempadan
Daerah Bachok di sebelah Utara.
Pasir
Puteh merupakan sebuah bandar yang wujud di antara dua buah sungai iaitu Sungai
Rasau dan Sungai Semerak.
Pada
masa dahulu, sungai menjadi jalan pengangkutan utama. Sungai juga menjadi
tempat hidupan air tawar seperti ikan, ketam dan udang yang dijadikan sumber
makanan. Air sungai juga digunakan untuk tujuan pertanian. Jadi, kawasan
tebingan sungai menjadi kawasan penempatan pilihan terbaik.
Dari
segi pembangunan, Pasir Putih semakin terkenal apabila Tok Bali yang terletak
di dalam jajahan tersebut menjadi destinasi pelancongan dan pengkalan kepada
pelbagai aktiviti berkaitan perkapalan. Tok Bali bakal menjadi pelabuhan
utama di Pantai Timur pada masa akan datang.
Pasir
Puteh amat sinonim dengan nama pahlawan terbilang Kelantan iaitu Tok Janggut atau
nama sebenarnya Hassan bin Panglima Mat Muna yang berasal dari jajahan
tersebut.
No comments:
Post a Comment