Sunday, 19 June 2022

HABBATUSSAUDA BANYAK KHASIAT

 
Khasiat habbatussauda telah digunakan sejak zaman dahulu. Kajian sains pemakanan moden telah menemui pelbagai khasiatnya, bukan saja untuk merawat penyakit, tetapi juga sebagai agen untuk menghalang sesuatu penyakit daripada terkena pada seseorang. 

Kajian mengenai khasiat habbatussauda terdapat dalam kitab syarah hadis karangan Ibn Hajar al-Asqalani. Dalam kijian tersebut dijelaskan mengenai khasiat habbatussauda yang antara lain dapat mengubati selsema, mengubati penyakit batu karang dan melancarkan perjalanan haid. 

Selain itu, ia jua dapat mengubat penyakit demam kuning, melegakan sakit kepala serta melegakan penyakit gigi.       

Selain Ibn Hajar, terdapat banyak lagi ulama yang memperkatakan mengenai habbatussauda seperti Iman an-Nawawi dan Al-Qadi. 

Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah,  sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan.

Kajian perubatan moden yang dilakukan Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatussauda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. 

Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatussuada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan. Ia sangat berguna untuk rawatan kulit, batuk, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat antiradang. 

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatussauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk antikanser yang berkesan.   

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatussauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.   

Habbatussauda sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak habbatusauda untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat kimotrapi dan meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. 

Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak habbatussauda berguna dan berkesan sebagai agen kimoterapi 

Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji habbatussauda dan keberkesanannya sebagai agen antikanser. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak habbatusauda. Hasilnya, sel kanser payudara telah dinyahaktifkan dan doktor-doktor di situ merumuskan bahawa habbatussauda  sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payudara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan habbatussauda untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak habbatussauda dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. 

Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari habbatussauda telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

No comments:

Post a Comment