Sunday, 5 June 2022

KEBAIKAN MAKAN COKLAT

 
Kebaikan makan coklat. Memang tidak dapat dinafikan hebatnya tarikan coklat yang sukar ditolak oleh sesiapa pun termasuk individu yang mahu berdiet. Tidak kira umur, jantina dan bangsa, semuanya pasti mempunyai coklat kegemaran masing-masing.

Tidak kira apa pun jenama dan variasi pilihan anda, secara umumnya coklat yang ada di pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu coklat hitam, coklat susu dan coklat putih.

Sekiranya anda peminat tegar coklat pasti mengetahui coklat terbaik untuk kesihatan bagi mengelakkan kemudaratan akibat terlalu banyak menikmati makanan mewah ini khususnya dalam kategori coklat manis.

Menurut kajian, coklat hitam adalah pilihan terbaik dan mampu memberi kesan baik kepada kesihatan anda. Walaupun ada banyak pihak memperkatakan mengenai kebaikannya, coklat hitam perlu diambil secara sederhana dengan kuantiti yang tidak berlebihan.

Ini kerana coklat hitam mengandungi antioksida, flavonoid (lapan kali lebih tinggi berbanding strawberi) dan baik untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah.

Ia juga dikatakan mampu merangsang mood dan meningkatkan hormon untuk perasaan gembira.

Coklat hitam menduduki tangga teratas sebagai coklat terbaik berbanding coklat lain seperti coklat putih atau yang dikomersialkan.

Makan coklat yang betul akan memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Bagaimanapun, ia perlu diambil mengikut kuantiti yang dibenarkan iaitu sekitar 65 gram sehari.

No comments:

Post a Comment