Friday, 18 November 2022

Terima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka

 
Tarikh 19 Nov 2022 tercatat dalam lipatan sejarah negara sebagai hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Proses mengundi dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang provokasi di seluruh negara.

Diharapkan semua pihak menerima pilihan rakyat menerusi keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan hati terbuka tanpa mencetuskan sebarang provokasi dan kekecohan.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan dan harus diraikan dengan matang serta berhemah.

Apapun keputusan dibuat oleh rakyat melalui peti undi perlu diterima dengan semangat yang tinggi tanpa menimbulkan kekecohan di mana-mana sekali pun.

Terimalah pilihan rakyat dengan dengan hati terbuka, menang atau kalah adat pertandingan.

Pada pilihan raya umum kali ini, lebih 21 juta pengundi termasuk pengundi baharu berusia 18 tahun ke atas mengundi.

No comments:

Post a Comment