Berkebun atau bertani adalah aktiviti
mengusahakan tanah dengan tanaman. Berkebun bukan sahaja dilakukan oleh
individu menjadikan aktiviti itu sebagai kerjaya, tetapi juga sebagai hobi atau
dilakukan ketika masa lapang.
Berkebun satu hobi mempunyai banyak manfaat.
Justeru, ia patut dijadikan hobi di kalangan rakyat kita. Berkebun tidak
semestinya di kawasan tanah yang luas, tetapi cukuplah di kawasan tepi rumah
atau mana-mana kawasan lapang yang boleh ditanam dengan tanaman tertentu.
Bahkan, dalam ruang yang sempit dan terhad
pun boleh dilakukan aktiviti bertani, asalkan pandai penggunakan ruang dan
peralatan tertentu.
Manfaat berkebun, seperti juga hobi-hobi
yang lain ialah mendatangkan keseronakan. Apa sahaja aktivitu yang dilakukan
dengan minat dan mempunyai matlamat, pasti mendatangkan keseronakan.
Dalam keadan seronok dan gembira, akan
dapat menghilangkan tekanan perasaan yang sekarang banyak dialami rakyat
Malaysia disebabkan beban tugas di pejabat atau tempat kerja, hubungan
keluarga, masalah kewangan dan kini turut dibelengu masalah kesihatan.
Berkebun dapat menjadi terapi jiwa apabila
perasaan tenang dan bersemangat melakukan usaha cucuk tanam. Melihat pokok
membesar dan seterusnya mengelurkan hasil adalah sesuatu kejayaan dalam usaha
bertani.
Hasil yang diperoleh mengikut apa yang ditanam.
Jika ditanam pokok sayur-sayuran, maka ia dapat digunakan sebagai makanan keluarga
dan kalau ada lebihan boleh pula disedekahkan kepada jiran atau dijual.
Bak kata pepatah, "Berbudi kepada
tanah, tanah tidak tipu", yang mana setiap usaha pertanian pasti
akan membuahkan hasil.
Biarpun hasil atau keuntungan dalam bentuk
kewangan tidak seberapa, namun kepuasan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli
atau dinilai. Kita ingin bergembira dan santai dengan bertani, tetapi dapat
juga hasilnya dalam bentuk fizikal (hasil pertanian) dan keuntungan kewangan.
Aktiviti berkebun, tambah-tambah lagi jika
mengusahakan kawasan yang luas dengan banyak tanaman, tentu sekali memerlukan
tenaga atau kekuatan fizikal. Kegunaan tenaga yang dilakukan dengan tersusun
dan mengikut kemampuan adalah latihan yang baik untuk menjaga kekuatan badan
dan kesihatan. Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti riadah atau bersukan.
Bertani di kawasan tepi rumah dapat
mencantikan ruang. Semak samun dan rumpai yang tidak mendatangkan manfaat
dihapuskan atau dibuang, sebaliknya digantikan dengan pokok yang dapat
mendatangkan hasil.
Tiada apa yang dapat menandingi daya
tarikan bunga, atau daun hijau yang tumbuh subur. Berkebun boleh dilakukan di
mana-mana, seperti sekeliling rumah walaupun tanpa ada tanah (akuaponik) dan ia
sesuai dilakukan pada masa lapang.
No comments:
Post a Comment