Kepala kereta api (lokomotif) Kelas 18 buatan Brush Electric Company Limited, United
Kingdom mula diperoleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1978 sebanyak 10 buah.
Lokomotif Kelas 18 hanya digunakan di stesen-stesen kereta
api utama yang bertujuan menarik atau menolak gerabak penumpang dan gerabak
barang untuk disambungkan dengan lokomotif atau gerabak-gerabak lain, atau diletakkan
di satu-satu tempat.
Proses ini dikenali lansiran. Sebab itu, lokomotif
Kelas 18 juga dikenali lokomatif lansiran.
Dengan kata lain lokomotif ini tidak digunakan untuk perjalanan di laluan utama atau jarak jauh.
Dengan kata lain lokomotif ini tidak digunakan untuk perjalanan di laluan utama atau jarak jauh.
Ia mampu menarik bebanan sebanyak 800 tan
metrik dengan dua motor traksi. Susunan roda lokomotif ini ialah 0-6-0. .
Pengenalan lokomotif Kelas 18 bermula angka 18 diikuti tiga angka jujukan iaitu:
- 18101
- 18102
- 18103
- 18104
- 18105
- 18106
- 18107
- 18108
- 18109
- 18110
No comments:
Post a Comment