Tuesday, 8 September 2026

BUAH PULASAN DIPULAS UNTUK DIBUKA

 
Buah pulasan dipulas untuk dibuka. Nama pulasan (Nephelium mutabile) dikaitkan dengan perkataan “pulas”.

Buah pulasan perlu dipulas atau memusingkan kedua-dua belah bahagian buah ke arah yang bertentangan untuk membuka atau mendapatkan isinya.

Buahnya biasanya lebih besar daripada rambutan, kulit tebal berwarna merah tua keunguan hingga kehitaman dan gelap. Duri atau rambutnya lebih pendek, tumpul, keras dan rapat.   

Pulasan yang masak elok biasanya manis dan berlemak. Isinya putih yang berair, tebal, padat, kenyal, mudah tanggal dari biji, dan lazimnya mempunyai rasa yang lebih manis berbanding rambutan biasa.

Secara kasar pokok pulasan amat mirip kepada pokok rambutan dengan sedikit perbezaan sahaja iaitu bentuk daunnya yang lebih panjang dan warna yang agak terang (ia kelihatan sedikit bergulung).


No comments:

Post a Comment