Rasa mengantuk lumrah dialami. Namun jika sentiasa mengantuk tidak kira
masa, itu dianggap satu 'penyakit'. Jika keadaan ini berlarutan sehingga
sebulan atau dua bulan anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor untuk
pemeriksaan lanjut.
Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan rasa mengantuk dan
letih sepanjang hari:
- Kurang oksigen
- Makan berlebihan
- Makan makanan manis yang berlebihan
- Obesiti ( masalah kegemukan)
- Anemia (kurang darah merah)
- Diabetes
- Dehidrasi
- Sakit jantung
- Depresi (kemurungan)
- Kurang aktiviti fizikal (olahraga)
- Masalah kalenjar tiroid
Rasa mengantuk dan letih ketika memandu juga amat berbahaya. Memandu
ketika dalam keadaan mengantuk dan letih sangat membahayakan nyawa kita.
Sesaat sahaja kita terlelap ketika memandu, kebarangkalian untuk
mendapat kemalangan adalah amat tinggi iaitu 99%.
Ini adalah kerana ketika terlelap, otak kita tidak lagi berfungsi dan
sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal
kenderaan yang dipandu dengan sempurna.
Kata orang, ubat terbaik untuk mengatasi mengantuk ialah tidur!
Tetapi bagaimana dalam keadaan yang mana kita perlu terus berjaga atau
meneruskan tugas yang dilakukan?
Macam-macam cara biasa dilakukan seperti minum air kopi, membuat senaman
ringan, mendengar muzik, mandi dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment