Di kalangan isteri anggota tentera, nama Badan Kebajikan Isteri Tentera (Bakat) cukup istimewa. Bakat merupakan badan khas yang ditubuhkan di setiap unit tentera bertujuan menjaga kebajikan dan membentuk hubungan erat sesama isteri tentera tanpa mengira pangkat suami mereka.
Melalui aktiviti Bakat dapat menjalin hubungan isteri tentera dalam satu ikatan dan perasaan saling memahami di antara isteri paling tinggi pangkatnya dengan paling rendah dalam satu pasukan atau formasi.
Dalam organisasi angkatan tentera, pangkat merupakan satu ‘batasan’ yang mewujudkan pengasingan bagi setiap kelompok pangkat melalui penubuhan wisma dan kelab.
Begitu juga lokasi tempat tinggal juga menyebabkan mereka terpisah. Ia secara langsung membentuk pengasingan di antara isteri anggota yang berlainan pangkat.
Begitu juga lokasi tempat tinggal juga menyebabkan mereka terpisah. Ia secara langsung membentuk pengasingan di antara isteri anggota yang berlainan pangkat.
Bagaimanapun, melalui aktiviti Bakat pengasingan tersebut dapat dihapuskan sama sekali. Setiap isteri berpeluang berinteraksi dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama tanpa mengira pangkat suami mereka.
Bagaimanapun terdapat ‘persefahaman’ di mana pengerusi Bakat bagi setiap unit atau formasi disandang oleh isteri pegawai paling kanan.
Manakala bagi jawatan lain seperti ahli jawatankuasa dan pengerusi biro, ia terbuka kepada mana-mana ahli yang berkebolehan melaksanakan tugas tersebut.
Manakala bagi jawatan lain seperti ahli jawatankuasa dan pengerusi biro, ia terbuka kepada mana-mana ahli yang berkebolehan melaksanakan tugas tersebut.
Hubungan erat sesama isteri penting dijalin agar mereka lebih mudah saling bantu dan mengadakan sesuatu yang dapat memberi manfaat bersama.
Keadaan ini penting terutama ketika suami masing-masing menjalankan tugas di luar kem untuk tempoh yang panjang.
Keadaan ini penting terutama ketika suami masing-masing menjalankan tugas di luar kem untuk tempoh yang panjang.
Kegiatan yang biasa diadakan ialah kelas agama, masakan, kraftangan, sukan, lawatan dan bengkel serta seminar yang dapat memberi manfaat kepada ahli.
Aktiviti Bakat mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada organisasi tentara dari segi lojistik, kepakaran dan nasihat.
Aktiviti Bakat mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada organisasi tentara dari segi lojistik, kepakaran dan nasihat.
No comments:
Post a Comment