Friday, 30 December 2016

CARA KENDALI KONFLIK KELOMPOK

Perbezaan pendapat dan keputusan berkaitan konflik adalah perkara biasa dalam sebarang organisasi sukarela atau komuniti.  Apabila manusia berasal dari latar belakang berbeza dan minat, datang bersama-sama untuk berkongsi membuat keputusan, akan berlaku keadaan tidak bersetuju yang tidak dijangka. 

Keperluan asas dan tujuan berbeza akan melahirkan keputusan yang penting untuk kelompok melakukan tindakan yang lebih berkesan untuk kebaikan semua.

Konflik berlaku bila-bila dan di mana jua apabila manusia mempunyai:
- Persaingan berkaitan tujuan atau matlamat.
- Berlainan idea berkaitan kaedah untuk mencapai matlamat.
- Tidak memahami sepenuhnya, ada perkara tersembunyi, dan nilai peribadi atau perasaan yang berbeza.

Dalam membuat keputusan umum, biarpun tercapai matlamat, cara-cara untuk mengamalkan dan matlamat kewangan juga melahirkan bantahan.    

TENTUKAN ASAS BERSAMA
Dalam pengurusan konflik yang kreatif, semua pihak perlu untuk mendapatkan asas bersama, matlamat dan minat yang sama.  Asas ini untuk menghasilkan penyelesaian berkaitan perkara yang berbeza.  Membuat penyusunan fasa adalah isu yang sering dipersoalkan untuk membuat keputusan mudah yang memuaskan hati semua pihak. 

Perkara ini dapat membantu manusia untuk:
- Kenal pasti dan mengetahui punca konflik. 
- Pemudahkan, berhubung dan aktif mendengar.
- Kekalkan objektif, teruskan dengan isu. Elak melibatkan hal berkaitan perseorangan.

Bagaimanapun, nilai dan perasaan individu mesti diteruskan.
- Carikan kepentingan dan matlamat setiap orang.
- Buat perubahan yang perlu, perkuatkan, pastikan dan atur jadual kerja.
- Ketua yang baik dapat melahirkan kumpulan yang lebih efektif.

KONFLIK DISEBABKAN PENDAPAT YANG BERBEZA
Konflik dapat didifiniskan sebagai ‘berlainan pendapat’. Berdasarkan difisnisi itu, dapat dirumuskan bahawa konflik adalah sesuatu yang biasa dalam komuniti dan hubungan.

Konflik selalunya menyebabkan halangan tidak menyenangkan dalam kumpulan.  Bagaimanapun, halangan konflik hanya lahir secara tidak disangka hingga wujud semula keadaan yang lebih sukar.  Juga satu keadaan yang tidak menggalakkan dan menyebebkan satu perasaan yang mengurangkan keperluan kumpulan. 

Konflik dapat digambarkan satu perbincangan dan membawa kepada satu pemikiran yang lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah sehingga meletakkan kumpulan sentiasa berjaga-jaga untuk memberi kebaikan kepada ahli. 

Konflik menyebabkan perselisihan dan tidak berpuas hati. Pun begitu ia boleh digunakan agar setiap ahli lebih respon terhadap keperluan ahli.

MENGAPA KONFLIK BERLAKU

Sebahagian konflik satu situasi yang tidak dapat dielakkan dalam hubungan.  Kerapkali masalah berlaku melebih apa yang sepatutnya.  Manusia mewujudkan masalah sehingga menghalang mereka mencapai kejayaan. 

Konflik biasanya berlaku disebabkan:
- Kelemahan komunikasi.  Kegagalan berkongsi idea dan perasaan menyebabkan individu lain gagal untuk ‘mengisi ruang’.  Kita ‘membaca dalam fikiran’ apa yang difikirkan oleh orang lain atau apa yang mereka akan kata atau membuat penilaian apa tindakan mereka. Kita selalunya membuat penilian negatif - menonjolkan ia kelihatan amat buruk.  Jika keadaan ini berterusan, kepercayaan semakin menurun dan kita mula pasif. 

- Konflik yang disebabkan dua individu yang berlainan sikap, kepercayaan dan jangkaan.  Perbezaan ini mungkin mengganggu untuk membuat keputusan jika mereka tidak fleksible dan berpengang teguh apa yang mereka ‘katakan cara betul’ yang perlu dilakukan. 

Dua individu yang memilih matlamat berbeza dan cara berbeza untuk mencapai matlamat yang sama disebabkan mereka mempunyai nilai dan kepercayaan yang berbeza. Disebabkan setiap matlamat memerlukan masa, usaha dan pengorbanan, kita selalu tidak meneruskan satu matlamat tanpa terpaksa mengorbankan yang lain.

- Kekurangan keberkesanan kepimpinan atau membuat keputusan. Lemah dalam menentukan ‘siapa yang berkuasa’ atau ‘bagaimana untuk melakukan’ dalam sebarang situasi juga menjadi punca kepada konflik.

- Percanggahan peraturan.  Permasalahan boleh timbul jika individu melihat diri sendiri dan orang lain dari sudut peraturan yang berbeza.  Contohnya, jika pegawai melihat peraturan sebagai ‘menjalankan organisasi’ dan ahli pula melihat diri mereka tidak hanya menyumbangkan maklumat dan pendapat, tetapi juga mempunyai suara untuk menentukan keputusan, maka konflik akan timbul.

- Produktiviti rendah.  Sepatutnya dapat menyempurnakan tugas dan tercapai matlamat sepertimana yang ditetapkan.  Tetapi, jika tugas itu tidak dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti ketua akan marah.  Jika ada orang lain sanggup bertanggungjawab dan melakukan tugas itu, tindakan itu tidak menyamai apa yang sepatutnya. 

Secara keseluruhannya, produktiviti kumpulan menjadi rendah, dan wujud perasaan tidak puas hati, merungut dan melakukan secara tepaksa.  Biarpun secara jangka pendek ia menyelesaikan masalah, tetapi tidak untuk jangkamasa panjang. 

- Tukar tidak seimbang.  Pertukaran itu dianggap sebagai peluang untuk semua bekerjasama dan tinggal bersama, dan memberi semua orang merasakan keadaan lebih selamat dan jangkaan terhadap tanggungjawab.  Jika pertukaran berlaku secara tiba-tiba dan luar jangka, maka ia akan diikuti dengan konflik.

- Konflik sebelumnya yang tidak dapat diselesaikan. Banyak konflik lepas yang tidak dapat diselesaikan terus meningkat, ia ada kemungkinan akan ada lagi pada masa depan. 

Banyak orang menanggung perasaan malu berterusan disebabkan gagal menguruskan konflik, berpunca kepada pengalaman lalu yang masih segar dalam ingatan.  Ia sesuatu yang menakutkan, memandangkan banyak konflik yang berlaku adalah melibatkan mereka yang hampir dengan kita seperti ahli keluarga dan kawan baik.

KITARAN KONFLIK
Kebiasasan konflik berlaku secara kitaran atau pusingan:ubahsuai - konfrantasi - ketidak adilan pengumpulan - masalah peranan - peningkatan tekanan.

Peningkatan tekanan - Disebabkan tidak bersetuju, wujud cakap-cakap tidak puas hati.  Konflik akan timbul serta merta atau selepas itu.

Masalah peranan - Individu atau kumpulan yang terlibat akan mengemukakna soalan tentang apa yang berlaku, siapa yang betul, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. 
Mereka cuba untuk menentukan sama ada mereka patut ambil sebelah mana, jika begitu, yang mana? (peningkatan tekanan dan masalah peranan kerap berlaku pada masa yang sama).

Ketidak adilan pengumpulan - Setiap pihak bermula untuk mendapat bantuan.  Setiap masalah diperhalusi, menentukan kedudukan dan memikirkan cara untuk menang.

Konfrantasi - Pihak berkenaan bertemu dan bermasalah. Kedua-dua pihak berpegang teguh kepada pendapat, dan halangan mungkin terbentuk.  Konfrantasi mungkin berkurangan atau dapat dielakkan oleh satu atau kedua-dua pihak membuat ubah suai. 

Ubah suai - Satu pihak lemah dan satu lagi kuat. Yang kuat tentu menang dengan cara dominasi, tetapi konflik mungkin akan timbul kembali. Jika kedua-dua pihak mempunyai kuasa yang sama, ataupun ada pihak yang mengambil keputusan menukarkan keadaan, mereka akan berada pada kedudukan perang dingin, yang mana setiap pihak cuba untuk mengatasi pihak satu lagi. 

Satu pihak mungkin akan memilih untuk mengelak daripada yang lain.  Dua pihak juga mungkin memilih untuk kompormi, masing-masing mendapat sedikit keuntungan dan pada masa yang sama tertapaksa menanggung sedikit kerugian.  Jadi, kedua-dua pihak dapat bekerjasama secara aktif sebagai satu cara untuk memenuhi keperlua kedua-dua pihak.

CARA-CARA BERURUSAN DENGAN KONFLIK
Seseorang atau kumpulan mungkin mempunyai beberapa cara berlainan dalam berdepan dengan kontroversi. Sesetengah cara memberi tumpuan kepada mengekalkan hubungan dan menyelesaikan masalah, berbanding kepada yang lain mudah memberi keputusan negatif.

Mengelak - Sesetengah orang lebih berusaha untuk mengelak situasi konflik secara kesemuanya atau untuk mengelak jenis konflik tertentu.  Orang ini mudah untuk melahirkan tindakan beremosinal, melihat kepada cara lain, atau meninggalkan situasi yang menjadi punca (seperti meninggalkan kerja, berpindah sekolah dan sebagainya).  Sama ada mereka tidak dapat berdepan situasi secara berkesan, atau mereka tidak ada kemahiran untuk berbincang dengan berkesan.

Strategi mengelak biasanya tidak dilakukan oleh individu yang mempunyai tahap kepuasan yang tinggi.  Mereka lebih berkemugkinan untuk menghapuskan keraguan dan rasa takut untuk berdepan dengan masalah yang sama pada masa depan.

Menyebarkan atau melebarkan - Sara ini dilakukan bertujuan untuk melambatkan tindakan untuk cuba mententeramkan keadaan, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.   Contohnya, menyelesaikan masalah kecil untuk mengelak atau melengahkan daripada membincangkan masalah besar, tangguh sehingga mempunyai masa yang cukup, dan mengelak daripada memperjelaskan isu yang menimbulkan konflik. 

Konfrantasi - Ia dapat dibahagikan kepada menang/kalah (kuasa) strategi dan menang/menang strategi.  Strategi kuasa termasuk menggunakan kekuatan fizikal (seperti menumbuk), pemberian (wang dan lain-lain) dan hukuman.  Taktik seperti ini sentiasa memberi kejayaan kepada pemenang, apa yang jelas, mereka menang dan pihak lain kalah. 

Secara khususnya, cara kuasa tidaklah mudah.  Semua pemenang/kalah terpaksa berdepan dengan perangkap konflik.  Pihak yang kalah telah membuat satu perancangan apa yang akan dilakukan untuk mengubah situasi pada masa hadapan. 

Kesannya, menang/kalah strategi, khususnya strategi kuasa, banyak mencetuskan konflik.  Perasaan yang kalah sudah tentu sedih dan konflik akan terus berlaku.

Timbangtara - Kaedah ini sering digunakan apabila kedua-dua pihak berlawan dengan kuasa yang sama dan mempunyai hak yang sama, maka berlaku keadaan buntu, maka perlu ada pihak ketiga yang diperlukan untuk membuat keputusan.

Masalah yang timbul dengan cara ini ialah apabila pihak ketiga atau keputusan hakim dipertikaikan oleh pihak yang kalah.  Sedang keputusan sudah dibuat, isu itu masih dianggap tidak selesai dan mengakibatkan konflik itu berterusan.

Pengundian.  Kaedah ini yang paling sopan bebas daripada sikap berlawan.  Bagaimanapun, cara pengundian kadangkala masih menyebabkan berlaku pertelingkahan apabila tersebut wujud:
- Pihak yang terlibat dalam konflik berusaha untuk menukar kedudukan berdasarkan isu yang mereka ingin yakinkan (kempen pemilihan).
- Wujud kepercayaan dan kesungguhan yang mana organisasi akan diteruskan dan hubungan kekal (demoksasi).
- Mereka yang terlibat mengharapkan berkekalan dengan cara mendapat majoriti. 

Kompromi.  Pendekatan perbincangan dan tawar menawar digunakan untuk mengatasi perbezaan. Kompromi memberi kebaikan di mana untuk kejayaan sebahagian adalah lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa. 

Secara dasarnya, dalam kompromi setiap pihak memberi sesuatu biarpun kurang nilainya untuk mencapai kejayaan yang masih ada.

Persetujuan / satu pendapat. Kaedah ini membawa semua pihak yang terlibat dalam konflik mendapat manfaat bersama yang memuaskan hati dalam penyelesaian isu.  Ia dipanggil penyelesaian masalah berasaskan kepada kepentingan bersama.

Synergy - Merupakan satu kaedah penyelesian secara terjahan.  Bayangkan seperti perlawanan ping pong, yang mana masing-masing pemain berusaha memukul bola sekuat mungkin supaya gerakan bola laju tidak mampu dibalas pihak lawan.  Kaedah ini adalah keterbalikan daripan cara menang/kalah. Ia banyak menggunakan pemikiran, sumber dan nilai tambah untuk melebarkan peluang kemenangan.

PROSES MENGENDALIKAN KONFLIK

Garis panduan dan peraturan.

Ada beberapa cadangan berkaitan garis panduan yang perlu semua pihak mesti bersetuju untuk pengurusan konflik secar kreatif dari satu proses kepada perose lain. Jika tidak diikuti, proses ini akan musnah yang mana ada pihak yang berusaha untuk menang dan satu pihak lagi akan mengalami kalah. 

Garis panduan itu ialah:
- Bersetuju bahawa masa itu adalah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik.  Masa perdana itu memberi tenaga dan movitasi tambahan yang positif.  Masa selanjutnya dianggap tidak sesuai apabila dalam keadaan letih dan hampir kepada tamat tempoh.
- Berkongsi matlamat yang sama dengan semua yang terlibat.  Cara itu mengelak konflik berterusan apabila wujud perasaan, aku menang, engkau kalah.
- Nilai semula peraturan untuk mengekalkan kesetiaan dan menghormati antara satu sama lain.  Perhatian jika ada kumpulan yang berhasrat untuk membuat apa-apa tambahan.  Kumpulan, dangan kemudahan yang ada, adalah bertanggungjawab untuk memastikan perbincangan difokoskan kepada isu khusus, tidak kepada individu tertentu. 
- Fokos kepada perkara sekarang.  Elak daripada membincangkan perkara yang telah lepas.
- Bersetuju dengan sumber maklumat yang akan digunakan.
- Sediakan 'muka selamat’.  Jangan alihkan kepada individu lain.  Benarkan ‘masa tamat’ jika keadaan terlalu emosinal.  Kemudian tetapkan masa untuk dimulakan semula.  Kadang kala kita terpaksa bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui.  Pad masa lain, cuba satu tempoh untuk melihat bagaimana sesuatu tugasan akan berguna.

Setelah semua pihak bersetuju dengan garis panduan bagaimana untuk menyelesaikan konflik, beberapa cadangan untuk dibincangkan, kemudian pertimbangkan hubungan kedua-dua pihak dan isu yang dipertaruhkan untuk dibincangkan. 

PIHAK KETIGA SEBAGAI PENGANTARA

Keputusan berkaitan konflik kerap kali memerlukan bantuan pihak ketiga sebagai pengantara.  Dari masa ke semasa, setiap kita akan mencari peluang untuk bertugas sebagai pengantara untuk membantu pihak lain untuk menyelesaikan perbezaan.

Untuk membantu, pengantara mesti kekal adil. Pengantara akan mencadangkan sesuatu pendekatan yang berlainan untuk menyelesaikan konflik. Memastikan sikap terbuka dan perbincangan yang seimbang, menekankan kepada peraturan dan mengelak daripada terlibat serangan terhadap individu. 

KEPUTUSAN KONFLIK
Jarak masa di atara pengendalian konflik dengan keputusan konflik amat penting.  Kita dapat mengendalikan konflik dengan menarik diri, menyerang atau memberi kuasa kepada individu lain, atau melakukan kerja dengan kompromi, tetapi strategi ini tidak akan menyelesaikan konflik. 

Setiap strategi membawa nilai tertentu kepada hubungan. Begitu juga memandangkan konflik hanya dikendlaikan, tidak di selesaikan, konflik kembali timbul. 

Untuk konflik diselesaikan, dua keadaan mesti dicapai:
- Hubungan kerjasama mesti baik di antara pihak yang berdepan konflik, dengan mengambil kira keperluan setiap puak.
- Keputusan yang diambil hendaklah diterima oleh kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment