Wednesday, 25 February 2026

KHASIAT AIR KELAPA

 
Air kelapa muda menjadi pilihan dijadikan minuman menghilangkan dahaga dan membekalkan kebaikan untuk kesihatan. Rasanya sedap, ditambah pula aroma yang menyegarkan.

Antara fungsi yang disumbangkan air kelapa adalah membantu proses detoksifikasi, iaitu penyingkiran racun atau toksin daripada badan.

Air kelapa bertindak sebagai diuretik semula jadi ringan yang membantu meningkatkan pengeluaran air kencing. Ini membantu menyingkirkan toksin, lebihan garam, dan bahan buangan dari badan yang diproses oleh buah pinggang.

Air kelapa kaya dengan potassium, magnesium, dan sodium semula jadi yang membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit. Ini penting untuk fungsi buah pinggang yang stabil.

Apabila proses detoksikasi berjalan lancar, kepekatan air kencing akan berkurangan, sekaligus mengurangkan pengumpulan mineral yang boleh membentuk batu karang dalam buah pinggang.

Keaadan tersebut dapat  membantu mengurangkan beban kerja buah pinggang apabila badan berada kekal terhidrat, air kelapa memudahkan buah pinggang menapis darah tanpa tekanan berlebihan.

Kandungan potassium dalam air kelapa membantu mengawal tekanan darah. Tekanan darah yang stabil penting untuk melindungi buah pinggang daripada kerosakan lanjut.

Seterusnya, air kelapa dapat memberi tenaga dan mengurangkan keletihan melalui elektrolit dan gula semula jadi yang mudah diserap.

No comments:

Post a Comment