Tuesday, 31 March 2026

RASA NIKMAT MAKAN KETAM

 
Banyak orang suka makan ketam. Tidak kiralah ketam laut, ketam sungai atau ketam air payau seperti ketam nipah. Harga ketam relatif mahal berbanding hidupan akuatik lain. Harga ketam nipah boleh mencecah RM50 hingga RM80 setiap kilogram.

Rasa isi ketam memang sedap. Namun, peratusan isi ketam sebenarnya amat kecil berbanding berat keseluruhan.

Secara umum, peratus isi dalam ketam (bahagian yang boleh dimakan) hanya dalam anggaran 20 peratus hingga 30 peratus daripada berat keseluruhan ketam. Selebihnya adalah cengkerang, kaki kosong, dan bahagian yang tidak dimakan.

Kalau ketam kurus dan selepas bersalin kulit biasanya peratusan isi kurang daripada 20 peratus daripada berat keseluruhan.

Jadi, pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapat dan menikmati isi ketam yang sedikit. Biasanya sekadar dapat merasa kuah atau kari ketam sahaja.

Berapa pun jumlah yang perlu dibayar, bagi peminat ketam mereka sanggup membayarnya untuk menikmati rasa isi ketam yang unik dan sedap.

Gambar - Sisa ketam selepas dimakan isinya.

No comments:

Post a Comment