Bunyinya mudah. Hanya masalah angin dalam
badan. Namun perkara itu boleh menyebabkan serba tidak kena jika mengalaminya.
Kehidupan seharian tidak teratur jika masalah angin tidak diatasi. Lihat maklumat di gambar.
Mungkin ada yang akan mencadangkan untuk
cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa atau kentut namun ia
tidak semudah disangka.
Sebenarnya, terdapat beberapa tip yang
boleh anda cuba sebagai cara buang angin dalam perut.
Gejala perut kembung angkara angin adalah
antara keadaan kesihatan yang biasa dialami oleh individu ekoran terlalu banyak
angin di dalam perut.
Ia akan menyebabkan kekembungan, kesakitan
atau ketidakselesaan gara-gara angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak
mampu untuk keluar.
Secara alami, angin akan keluar melalui
usus (kentut) dan kerongkong (sendawa). Pun begitu, kadangkala proses tersebut
boleh terganggu atau terjejas.
Antara punca yang menyebabkan angin
terperangkap di dalam perut adalah seperti berikut:
- Diet. Makanan dan minuman yang terlalu
banyak gula, garam, gas dan kurang serat boleh jadi punca perut kembung.
- Hormon. Bagi kaum wanita, hormon ketika
sedang dalam proses datang haid juga boleh jadi punca perut kembung.
- Sistem penghadaman. Keadaan sembelit, intoleransi
dan alahan makanan akan menyebabkan najis tersekat di usus besar lalu membawa
masalah perut kembung.
Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk
mengatasi masalah angin dalam perut.
- Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak.
Aktiviti fizikal boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman
anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.
Ia sangat bagus dibuat lebih-lebih lagi
buat anda yang mengalami masalah sembelit untuk membantu anda melegakan
simptom-simptom akibat perut kembung.
- Sapu minyak angin atau pati pada perut. Kajian
pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin
pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.
- Mandi dengan air suam atau panas. Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.
No comments:
Post a Comment