Pulau Banding kini menjadi tempat tumpuan
pelancong atau satu destinasi ekopelancongan yang terkenal di Grik, Perak. Luas
pulau ini ialah 240 hektar.
Pulau Banding terletak di Tasik
Temenggor atau lebih dikanali dengan nama Tasik Banding kerana seganding dengan
nama Pulau Banding.
Tasik Temenggor adalah tasik buatan. Ia terbantuk
hasil pembinaan Empangan Temenggor iaitu sebuah empangan hidroelektrik. Ia
terletak merentasi Sungai Perak lebih kurang 200 kilometer ke timur laut Ipoh.
Hasil binaan empangan menyebabkan banyak
kawasan ditenggelami air dan membentuk tasik. Manakala tanah tinggi atau bukit
pula tidak tengggelam yang kemudiannya dikenali pulau. Salah satu pulau yang
terbentuk ialah satu bukit yang kini dikenali Pulau Banding.
Tasik Banding menjadi sebahagian laluan
Jalan Raya Timur Barat. Terdapat dua jambatan menghubungkan Pulau Banding
dengan tanah besar iaitu Jambatan Temenggor Barat sepanjang 880 meter dan Jambatan
Temenggor Timur sepanjang 640 meter.
Jambatan Temenggor Barat adalah berada di sebelah Grik
sebelum sampai di Pulau Banding, manakala Jambatan Temenggor Timur adalah untuk
keluar dari Pulau Banding untuk menuju ke Jeli.
Di Pulau Banding terdapat hentian yang
dikenali Hentian Royal Belum. Hentian tersebut menjadi tempat rehat atau
hentian pengguna Jalan Raya Timur Barat. Hentian ini berada di kepala Jambatan
Temenggor Timur di bahagian pulau.
Selain dijadikan hentian rehat, ia juga
berfungsi sebagai lokasi jeti untuk mereka yang ingin masuk ke “dalam”.
Hentian ini memang menarik untuk dijadikan
tempat istirahat. Ada kemudahan kedai makan, tandas, surau dan sudut maklumat
di tersebut. Pengunjung dapat menikmati pemandangan tasik yang tenang dan indah
sambil menikmati makanan, mahupun sekadar rehat di situ.
Pulau Banding menjadi hab pelancongan utama
bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi
pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.
Hentian Royal Belum Amanjaya
Pulau Banding
Tasik Temenggor
Sejarah Jalan Raya Timur Barat
Hentian Puncak Titiwangsa
Hentian Perah
Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat
No comments:
Post a Comment