Thursday, 5 October 2023

PERISTIWA KAABAH DIRUNTUHKAN

 
Pada era pemerintah Qusai bin Kilab, beliau telah meruntuhkan Kaabah untuk dibina semula dengan satu binaan baharu. Binaan itu tidak pernah dibuat oleh orang sebelumnya.

Tinggi binaannya berukuran berukuran 25 hasta dan ia mempunyai atap daripada batang kayu ‘dum’ (seperti batang nibung dan besar seperti batang kelapa) yang kukuh dan pelapah tamar. Asasnya masih seperti binaan Nabi Ibrahim.

Semasa pembinaan ini, Hajarulaswad telah hilang dan tidak ada sesiapa yang mengetahui tempat ia berada. Setelah disiasat, Qusai diberitahu tempat bahawa kabilah Iyad semasa dihalau keluar dari Makkah oleh anak-anak Mudhar bin Izar telah mengambilnya dan menanamnya di salah sebuah bukit di Makkah.

Peristiwa ini disaksikan oleh seorang perempuan. Qusai lalu pergi berjumpa dengan perempuan tersebut dan merayu agar dia menunjukkan tempat tersebut.

Akhirnya Hajarulaswad ditemui kembali lalu disimpan oleh Qusai selama turun-temurun sehinggalah ke zaman Quraisy.

Kata Imam al-Mawardi: “Qusai bin Kilab ialah orang pertama dalam kalangan Quraisy yang membina Kaabah selepas Nabi Ibrahim dan beliau juga merupakan orang yang pertama membina atap Kaabah.”

No comments:

Post a Comment