Wednesday 25 December 2019

KHASIAT POKOK DAUN KESUM

Pokok kesum (Polyganum minus) merupakan sejenis tumbuhan herba atau ulaman dari keluarga Polygonaceae. Bahagian daun pada pokok kesum merupakan komponen yang digunakan dalam masakkan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan.

Bahagian ruas mampu mengeluarkan akar jika terletak di atas tanah dan cepat membesar. Akar pokok kesum merupakan akar serabut yang terpadat pada bahagian perdu pokok.

Penyediaan kawasan untuk penanaman kesum perlukan tanah yang gembur dan lembab tetapi mempunyai sistem saliran yang baik. Ia juga sesuai ditanam di sekeliling rumah atau dalam pasu.

Cara menanam kesum menggunakan keratan batang atau juga dikenali keratan sulur. Keratan benih sepanjang 20 - 30 cm dipotong dan dimasukkan pangkal keratan ke dalam tanah. Buat penyiraman sehingga pertumbuhan pokok kesum stabil.

Kawalan rumpai perlu dijalankan dengan cara manual iaitu mencabut dengan tanga. Jangan gunakan racun rumpai untuk mengawal rumpai kerana kemungkinan ada kesan sisabaki racun.

Pokok kesum adalah tumbuhan yang cepat membiak dan membesar kalau menerima baja, air dan cahaya matahari sengan mencukupi. 

Tanaman kesum yang berumur 1-2 bulan boleh dipetik pucuknya dengan menggunakan tangan atau dipotong dengan pisau. Pemotongan ini akan menggalakan pertumbuhan cabang atau dahan baru dan juga tunas baru.

Khasiat daun kesum memang diketahui umum membantu dalam proses penghadaman perut kita dan juga menyedapkan makanan. Daun kesum merupakan air minuman yang baik untuk ibu lepas bersalin.

Kajian saintis juga mendapati kesum mempunyai kandungan vitamin A, vitamin C, beta karotin dan bahan galian seperti kalsium, kalium dan juga fosporus.

Tumbuhan kesum mengandungi bahan yang dipanggil sebagai 'alipathic aldehyde' yang memberikan aroma khas dan boleh juga diekstrak untuk dijadikan minyak pati.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete