Tuesday, 31 December 2019

MASJID KAYANGAN BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS

Masjid Kayangan, Brinchang, Cameron Hinghlands.telah dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah pada 15 Januari 1990. 

Masjid ini memberi kemudahan kepada pelancong dan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan aktiviti keagamaan. alah Masjid Kayangan, 

Sememangnya di mana-mana tempat di Malaysia tidak sukar untuk singgah di masjid. Jadi, tidak sukar untuk penggembara atau pelancong untuk menunaikan ibadat sembahyang dengan selesa dan berehat seketika.

Kedudukan Masjid Kayangan betul-betul di tengah-tengah bandar Brinchang berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat atau Stesen Minyak Petronas menjadikan ia mudah dikunjungi.

Sepanjang masa antara waktu zohor hingga Isyak terdapat banyak pelancong mengunjungi masjid ini untuk menunaikan sembahyang, selain penduduk tempatan yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap kali masuk waktu.

Terdapat ruang yang luas (Balai Lintang) dan berjubin disediakan untuk ahli jemaah dan pelancong yang berhampiran dengan pintu masuk masjid. Ruangan tersebut juga boleh digunakan sebagai ruang makan untuk pelancong dan tempat istirahat

Terdapat ruang untuk berehat dan makan seketika di bahagian tepi. Juga deretan kedai jualan yang diusahakan oleh pengusaha Melayu di bawah kelolaan Jawatankuasa Masjid. 

No comments:

Post a Comment