Ramai
ingin berniaga, namun tidak pasti jenis perniagaan ingin diceburi. Masalah ini tidak
sukar diselesaikan. Ikut panduan yang diberikan.
Dicadangkan,
elok pilih perniagaan yang biasa orang buat. Biarpun banyak persaingan, itu
tanda perniagaan mendapat sambutan dan mudah mendapat pelanggan. Yang penting
bersedia membuat inovasi atau sesuatu yang dapat menarik pelanggan.
Bagaimanpun, buatlah kajian tentang potensi pelanggan, jangan pula penjual lebih ramai daripada pembeli. Kedudukan lokasi juga penting diambilkira untuk memajukan perniagaan.
Bagaimanpun, buatlah kajian tentang potensi pelanggan, jangan pula penjual lebih ramai daripada pembeli. Kedudukan lokasi juga penting diambilkira untuk memajukan perniagaan.
Terdapat
banyak kelebihan apabila kita memilih perniagaan yang biasa:
- Peratusan
untuk berjaya lebih tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang pilih perniagaan
yang orang lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Maknannya dalam
10 orang yang mulakan perniagaan sebegitu, 8 daripada mereka berjaya.
- Kebarangkalian
untuk gagal dengan membuat benda jenis perniagaan baharu adalah tinggi. Kajian
menunjukkan peratusan untuk gagal dengan memilih perniagaan baru dan tak pernah
orang lain buat adalah 80%. Maknanya dalam 10 yang pilih perniagaan luar
kebiasaan, akan ada 8 orang yang gagal. hanya 2 yang akan berjaya. Jadi, jangan
pilih jenis perniagaan baharu.
- Pilih
perniagaan selamat. Siapa yang suka mengambil risiko untuk gagal yang tinggi?
Jalan selamat adalah mengambil risiko kegagalan yang rendah. Jadi sebagai orang
biasa eloklah pilih perniagaan yang sudah biasa orang buat. Melainkan anda
jenis orang yang sukakan cabaran, anda boleh ambil jalan susah dan berisiko.
- Jenis
perniagaan biasa pasti ada pembeli. Jika sesuatu perniagaan tersebut ramai yang
sudah dilakukan oleh peniaga lain, makna ada ramai pelanggan atau pembeli.
Maknanya ada pembeli yang pasti. Kalau tidak tidak ramai pembeli, pasti tidak ramai
penjual dapat meneruskan perniagaan.
- Sudah
ada contoh untuk kita tiru dan perbaiki. Memandangkan ramai pilih perniagaan
itu dan sudah dilakukannya, kita ada contoh nyata yang boleh kita jadikan
ikutan. Tak payahlah memerah otak untuk mereka satu sistem atau program
perniagaan yang tidak pasti kejayaannya.
Kita
hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada mereka yang telah
memulakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi pelari nombor satu dunia, kita
hanya perlu lebih pantas 0.1 saat saja dari pelari di tempat ke dua. Tidak perlu
lebih daripada itu.
- Perniagagan
baru hanya sesuai untuk mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber
kewangan yang banyak. Mencuba dan pilih perniagaan baru adalah kerja R&D
dan itu adalah kerja yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak.
Jadi terbukti mereka yang baru nak menapak berniaga masih tidak layak untuk
buat cubaan begitu.
No comments:
Post a Comment