Tuesday 17 December 2019

Bandar Malaysia telah dijual


Pemimpin PH ketika menjadi pembangkang menuduh BN jual Bandar Malaysia kepada China. Namun, sekarang ini pemimpin PH yang menjadi kerajaan telah menjual Bandar Malaysia.

Menariknya, ia adalah projek yang sama, nilai RM140 bilion yang sama, pembeli yang sama dan peratusan jualan yang sama. Adakah itu adalah secara kebetulan?

Mereka turut mengeluarkan siaran media bahawa projek ini banyak bagus untuk pembangunan negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

Keuntungan hampir RM100 bilion besarnya - jauh lebih tinggi berbanding hutang RM32 bilion 1MDB.

Apa yang PH cuba sembunyi dalam isu Bandar Malaysia?

Kalau kita perhatikan, ada dua fakta yang PH tak pernah sebut - baik sebelum PRU14 atau selepas menjadi kerajaan:

FAKTA 1. Kewujudan Pangkalan Udara TUDM Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta 6 pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.

Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh PH.

Ini ialah kerana PH masih mahu Raykat percaya bahawa 1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.

Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.

Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi PH buat-buat tak nampak!

FAKTA 2:  Kerajaan PH yang benar-benar jual Sg Besi kepada syarikat China - bukan kerajaan BN.

Memang benar kerajaan BN pernah menjual sebahagian projek Bandar Malaysia di Sg Besi itu pada bulan Disember 2015 kepada sebuah konsortium Malaysia-China.

Namun, penjualan itu sudah dibatalkan pada bulan Mei 2017 kerana kerajaan BN mahu memajukan projek ini melalui kaedah penjualan hak pembinaan dan bukan penjualan tanah.

Dengan kaedah ini, negara boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan PH telah menjual balik sebahagian projek Bandar Malaysia pada bulan April 2019 kepada konsortium Malaysia-China yang sama. 

No comments:

Post a Comment