Thursday 11 February 2021

KHASIAT POKOK SENDUDUK

Budak-budak dahulu suka makan buah senduduk. Buah senduduk atau dikenali juga keduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis. Buah keduduk muda pula dijadikan ‘peluru’ senapang getah.

Rasanya budak sekarang tidak lagi makan buah keduduk. Bahkan, pokok senduduk pun mereka tidak kenal.  

Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan.

Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang. Boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi. 

Daunnya berbentuk ringkas dan panjang boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm l

Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu, biji benih di tapak semaian akan cambah. Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu.

Pokok senduduk dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari.

Daun dan pucuk senduduk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar.

Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. 

Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin.

Gambar buah senduduk yang telah masak. 

No comments:

Post a Comment