Tuesday, 16 February 2021

Ismail Sabri ambil langkah tepat membuat laporan polis

Banyak berita lama diulang kembali seperti seakan-akan ia baharu berlaku. Keadaan itu boleh menimbulkan keadaan panik dan kesan-kesan lain yang berkaitan.

Biarpun kandungan berita itu benar pada masa ia disiarkan, tetapi sudah tidak tiada kaitan dengan situasi semasa. Jadi, berita yang benar pada ketika itu, sudah lagi dianggap tidak tepat untuk keadaan semasa jika sudah berlaku perubahan berkaitan dengannya.

Penyebaran berita sedemikian jika dilakukan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan digambarkan ia sesuatu yang baharu, maka penyebaran itu boleh dianggap penyebaran berita palsu atau bersifat fitnah.

Wabak penyebaran berita palsu perlu dihentikan. Sesuatu yang palsu bermakna satu fitnah. Perbuatan fitnah satu dosa besar yang dianggap lebih bahaya daripada membunuh.

Justeru, tindangan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang memfitnah beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu langkah tepat dan wajar dicontohi mana-mana pemimpin lain.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md Rosdy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 13 Feb 2021.

Laporan itu berkaitan dua video yang boleh mengelirukan rakyat berkaitan sidang media harian COVID-19 Ismail Sabri dikesan tular di Facebook.

Video pendek pertama yang ditular kononnya cuba menunjukkan ia adalah sidang media terbaru yang menyatakan tiada lagi saman dan kompaun akan dikenakan sekiranya melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

Sebenarnya video berkenaan adalah video lama dan kerajaan sudah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP.

Video kedua yang tular dan diberi tajuk 'sendiri buat SOP sendiri langgar' sebenarnya adalah rakaman di mana Ismail Sabri hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 15 September 2020, iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketika dalam pelaksanaan PKPP, majlis perkahwinan juga dibenarkan termasuk majlis-majlis lain maka tiada pelanggaran SOP berlaku.

Video tersebut dengan sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah sambutan Tahun Baharu Cina.

Implikasi daripada penyebaran video ini boleh menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat sekali gus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada pemimpin. 

No comments:

Post a Comment