Tuesday 4 January 2022

APA KELEBIHAN SPIRULINA KEPADA KESIHATAN

 
Spirulina dihasilkan dari kelompok algae biru-hijau yang membiak secara semula jadi di dalam tasik tropikal yang bersih. Tasik yang penuh dengan algae ini biasanya juga mempunyai warna biru-hijau pekat.

Penggunaan spirulina terawal yang dikenal pasti bermula pada kurun ke 16 di mana ianya digunakan sebagai makanan harian oleh kaum Aztec di Amerika Selatan (kini Mexico).

Apabila para saintis Barat menemui semula Spirulina di sekitar tahun 1960an, ianya mula dikaji secara terperinci di mana khasiat dan kebaikan spirulina terhadap kesihatan tubuh manusia dikenal pasti.

Spirulina yang telah dikeringkan mengandungi 60 hingga 70 peratus zat protein. Selain itu, ianya juga merupakan sumber amino asid yang lengkap. Lain-lain zat yang terkandung dalam spirulina adalah kalsium, zat besi, magnesium, vitamin A, E dan K.

Dari sini kita dapat lihat bahawa spirulina berkesan dalam membekalkan kita dengan zat tambahan.

Spirulina adalah makanan tambahan yang sesuai untuk melawan kekurangan zat besi dalam diet harian mereka.

Sebagai salah satu makanan berkhasiat hebat yang terbukti berkesan, spirulina memberikan sangat banyak faedah dan manfaat untuk kesihatan kita.

Berikut adalah antara kebaikan spirulina:
- Memberi tenaga lebih – Spirulina meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Ini akan menyebabkan badan kita membakar bahan makanan dengan lebih cepat.
- Mengurangkan keletihan – Kadar metabolisma yang lebih tinggi juga akan menyebabkan badan terasa lebih aktif dan kurang rasa kelesuan.
- Mengurangkan berat badan – Dengan kadar zat yang sangat tinggi berbanding jumlah kalori, ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan sambil mengekalkan jumlah zat.
- Menguatkan sistem imunisasi badan – Oleh kerana spirulina membantu penjanaan semula sel badan, ia berkesan dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah jangkitan kuman.
- Membantu penghadaman makanan – Senang dihadam kerana sel spirulina tidak mempunyai lapisan luaran yang tebal. Di samping itu, ia membantu untuk mengekalkan kandungan bakteria sihat yang hidup dalam usus kita.
- Menyokong fungsi jantung, limpa dan buah pinggang.
- Menapis toksin dalam badan – Ia mempunyai kandungan klorofil yang tinggi. Klorofil merupakan satu agen nyahtoksin yang sangat berkesan.
- Antioksidan – Di dalam proses badan kita menukarkan makanan menjadi tenaga, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang dipanggil radikal bebas. Dalam jumlah yang banyak, radikal bebas boleh menyebabkan keradangan kepada bahagian dalam tubuh kita. Antioksidan dapat melawan agen radikal bebas dan mencegah keradangan.
- Mengawal keseimbangan kadar pH dalam badan.
- Membantu kesihatan mata – Ia mengandungi 10 kali ganda Vitamin A per gram berbanding lobak.

Dapatkan produk spirulina secara dalam talian. Cepat mudah murah. Klik pautan di bawah

No comments:

Post a Comment