Perkara 11 berkaitan kebebasan agama. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal 4 mengambangkan agamanya.
Fasal 4 Perkara 11 berbunyi "undang-undang negeri dan mengenai
wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Biarpun
Perkara 11 menceritakan tentang kebebasan beragama, namun sebenarnya ia terhad
dan terlarang dalam urusan penyebaran agama lain kepada penganut agama
Islam.
Fasal
4 itu jelas meletakkan kedudukan atau mempertahankan umat Islam daripada murtad
yang menjadi salah satu kesalahan di bawah hudud.
Isu murtad yang hebat
diperkatakan sekarang sebenarnya telah lama dihalang dan disekat oleh
Perlembagaan Persekutuan. Ia satu yang amat istimewa dan tidak dijelaskan dalam
mana-mana undang-undang di negara lain.
Sama
ada masalah murtad boleh dihalang melalui Fasal 4 ini secara realitinya, ia
bukan perkara yang perlu diperdebatkan. Peruntukan telah ada, maka jadi
tangungjawab jabatan atau agensi yang berkaitan untuk dikuatkuasakan. Malah
menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengelak perkara itu berlaku.
Tidak seharusnya kita menunding jari kepada pihak lain dalam isu murtad di
negera kita. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah ada dan undang-undang
syariah mengenainya juga telah wujud di peringkat wilayah dan negeri, maka
tunaikan dan gunakan ia sebaik mungkin.
Gambar: Sami Buddha menyerah sumbangan kepada hospital. Sumber FB Beng Khieu
No comments:
Post a Comment