Surat
perjanjian sewa atau penyewaan merupakan surat yang berisi persetujuan
yang mengikat antara dua pihak atau lebih. Dengan surat perjanjian itu kedua
belah pihak harus menepati janji yang telah disepakati.
Bila ada satu pihak yang mengingkari janji atu pihak lainnya berhak menuntut
agar pematuhan dilakukan atau satu tuntutan gantirugi yang sewajarnya boleh
dipohon terhadap pihak yang ingkar.
Sebenarnya,
surat perjanjian, tidak kira apa jenis perjanjian seperti jual beli rumah, sewa
beli kenderaan, jual beli tanah, menyerah kontrek, pengambilan tanggungjawab
atau tugas, pinjaman wang dan sebagainya adalah lebih kurang sama.
Yang penting ialah penyataan isu kandungan perjanjian yang dipersetujui atau
ditetapkan. Jadi, tidak seharusnya menjadi satu kesukaran untuk
menyediakan surat perjanjian yang berkaitan.
Banyak orang menyangka, surat perjanjian sukar disediakan disebabkan perlu
menggunakan 'ayat undang-undang' dan terlalu 'teknikal' untuk ia menjadi sah di
sisi undang-undang.
Sedangkan hakikatnya, apa saja tulisan yang difahami oleh kedua-dua pihak dan
dipersetujuai bahawa ia satu perjanjian yang mengingkat mereka dalam perkara
yang dipersetujuai, maka ia dianggap sebagai satu surat perjanjian.
Surat perjanjian yang sudah lengkap itu hendak dibawa ke Lembaga Hasil Dalam
Negeri untuk di'mati' setem.
Tidak ada bentuk surat atau bahasa tertentu yang ditetapkan. Bagaimanapun,
antara yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan surat perjanjian sewaan
itu ialah:
- Isi
saling disepakati pihak yang terkait.
-
Isi tidak bersifat menekan pihak lain.
-
Isi tidak menimbulkan rasa tidak puas hati berbagai pihak.
-
Isinya di buat atas dasar persetujuan bersama.
- Bentuknya benar sesuai perkara yang berkaitan.
-
Menggunakan bahasa yang saling difahami oleh pihat yang terbabit.
-
Ada pihak yang bertindak sebagai saksi.
Di sini diserta satu contoh perjanjian sewaan bangunan. Anda boleh
mengubahnya mengikut mana yang sesuai.
PERJANJIAN
SEWAAN PREMIS
LOT
2014711 SULTAN YAHYA PETRA
15200
KOTA BHARU KELANTAN
DI
ANTARA
BIDAH
BIN HITAM
(000000-03-5463)
DENGAN
WALIMAN
BIN WALIMON
(000000-03-5187)
PERJANJIAN
SEWAAN
(UNTUK
PREMIS PEJABAT DAN PERNIAGAAN)
PERJANJIAN
INI DIBUAT PADA DI ANTARA PEMILIK bangunan (yang seterusnya akan dirujuk
sebagai PEMILIK) dengan WALIMAN BIN WALIMON (yang
seterusnya akan dirujuk sebagai PENYEWA).
BAHAWASANYA
PEMILIK BERSETUJU menyewakan PREMIS beralamat LOT
2014711, Jalan Sultan Yahya Petra kepada PENYEWA seperti nama di atas untuk
selama 3 tahun mulai 01/12/2021 hingga 31/10/2014. Persetujuan ini
tertakluk kepada peruntukan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian
berikut ini:-
1.
PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PEMILIK tentang semua perkara yang berikut
ini:-
(a)
membayar wang cagaran kepada PEMILIK sebanyak RM6,000. Ini adalah
wang cagaran termasuk dengan cagaran air dan elektrik sebanyak RM1,000 dan dua
(2) bulan sewa iaitu 2xRM2,500.
(b)
sewaktu hendak meninggalkan PREMIS, sekiranya wang cagaran ini tidak mencukupi
menjelaskan lain-lain wang yang terhutang dan kena dibayar, maka PENYEWA
bertanggungjawab untuk menyelesaikannya sebelum meninggalkan PREMIS ini.
(c)
membayar kepada pemilik sewa sebanyak RM2,500 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RIBU LIMA
RATUS SAJA) pada setiap bulan selama perjanjian ini berkuatkuasa sama ada
dengan bank in ataupun wang tunai. Sewaan ini berkuatkuasa pada 01hb
setiap bulan dan hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 07hb setiap bulan
tanpa tuntutan bil, hanya memadai dengan perjanjian ini.
(d)
menggunakan PREMIS tersebut bagi menjalankan perniagaan yang berdaftar saja.
(e)
membenarkan PEMILIK memberi kuasa segera bertulis kepada wakilnya pada
sebahagian masa yang munasabah iaitu dengan memberi notis selama satu bulan
awal dengan tujuan untuk memeriksa keadaan PREMIS ataupun pembaikan sebarang
kerosakan.
(f)
sekiranya terdapat sebarang kerosakan, PEMILIK akan menyampaikan notis bertulis
kepada PENYEWA dengan menyatakan apa-apa pembaikan yang perlu dibuat dan
meminta PENYEWA menyempurnakan hanya pada kerosakan yang disebabkan oleh
PENYEWA. Jika dalam masa 30 hari selepas penyampaian notis itu
PENYEWA tidak mengambil tindakan untuk menyempurnakan pembaikan yang perlu maka
PEMILIK akan melakukan pembaikan yang perlu. Segala kos yang timbul
akibat pembaikan ini akan ditanggung oleh PENYEWA dan tindakan boleh diambil
untuk menuntut kos ini.
(g)
memberikan notis kepada PEMILIK sekiranya terdapat sebarang kerosakan struktur
asal PREMIS.
(h)
membayar semua bil penggunaan air dan elektrik serta telefon jika ada.
(i)
mematuhi segala peraturan dan keperluan BOMBA setiap masa.
(j)
memastikan PREMIS sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
2.
SELANJUTNYA ADALAH JUGA DIPERSETUJUI BAHAWA PENYEWA
(a)
dengan ini dibenarkan untuk menyewakan sebahagian daripada PREMIS.
(b)
hendaklah mengendalikan PREMIS secara tersendiri tertakluk kepada syarat yang
terkandung di dalam lesen dan perjanjian ini.
(c)
hendaklah memberitahu PEMILIK secara bertulis sebab-sebab perniagan tidak
dijalankan ataupun PREMIS hendak dikembalikan sebelum tamat
tempoh. Sekiranya PENYEWA gagal memberitahu PEMILIK, bayaran sewa
tetap akan dikenakan kepada PENYEWA.
(d)
hanya dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian di dalam PREMIS saja.
(e)
tidak boleh melakukan atau membenarkan dilakukan di PREMIS sebarang kelakuan
atau perbuatan yang melanggar sebarang undang-undang bertulis,
peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau perintah-perintah yang
dikuatkuasakan oleh PEMILIK atau kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa
berkenaan.
(f)
hendaklah menaggung rugi PEMILIK tentang segala denda atau kerugian tentang kos
berkaitan dengan tuntutan, perbicaraan atau permintaan terhadap sebarang
tindakan yang tertanggung akibat pebuatan PENYEWA atau pekerjanya dalam
pelanggaran syarat-syarat perjanjian ini dan hendaklah menanggung rugi PEMILIK
terhadap semua tindakan, perbicaraan dan tuntutan terhadap orang ataupun harta,
keluarga, tetamu, pekerja, pelawat semasa berada di dalam PREMIS sepanjang
penguatkuasaan perjanjian ini.
(g)
hendaklah menyerahkan PREMIS kepada PEMILIK dalam keadaan baik semasa penamatan
tempoh penyewaan ataupun penyewaan ditamatkan terlebih awal.
(h)
hendaklah keluar secara aman semasa penamatan penyewaan dan PEMILIK mempunyai
hak atas PREMIS yang telah dikosongkan.
(i)
hendaklah melindungi harta benda milik sendiri, kecederaan atau kematian
disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di PREMIS dan sentiasa menanggung rugi
PEMILIK daripada segala tuntutan yang berbangkit akibat kebakaran yang berlaku
di PREMIS.
3.
PEMILIK DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA akan perkara berikut ini:-
(a)
PEMILIK akan membayar semua cukai pintu dan cukai sampah.
(b)
jika PREMIS ataupun bahagiannya sema ada dalam tempoh sewaan dimusnahkan atau
dirosakkan oleh kebakaran sehingga menjadikan tidak sesuai untuk diduduki dan
digunakan (kecuali di dalam keadaan bahawa kebakaran disebabkan oleh kesalahan
atau kecuaian PENYEWA atau pekerja-pekerjanya) maka sewaan hendaklah digantung
sehingga PREMIS tersebut dapat dijadikan sesuai untuk disewakan semula.
(c)
PENYEWA akan mengendalikan PREMIS pada masa penguatkuasaan perjanjian ini tanpa
apa-apa gangguan dari PEMILIK tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang
terkandung ini.
4.
KEDUA-DUA BELAH PIHAK ini bersetuju bahawa:
(a)
jika semasa tempoh sewaan terdapat sewa yang tertunggak selama 30 hari selepas
sewa itu patut dibayar (sama ada dituntut secara rasmi atau tidak) atau
sekiranya PENYEWA gagal mematuhi atau melaksanakan salah satu syarat yang
terkandung di dalam perjanjian ini maka adalah sah di sisi undang-undang bagi
PEMILIK selepas itu memasuki PREMIS dan tidak menyentuh hak PEMILIK untuk
mengambil tindakan mengenai apa-apa pelanggaran syarat-syarat perjanjian oleh
PENYEWA yang akibat daripada tindakan ini segala tanggungan terhadap sebarang
kos, perbicaraan, tuntutan, permintaan dan perbelanjaan yang mungkin timbul
akan ditanggung oleh PENYEWA.
(b)
ketika fasa 4(a) dilaksanakan, PEMILIK hendaklah memastikan tidak terjadi
sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda PENYEWA yang ada di PREMIS.
(c)
jika terdapat kemungkinan pelanggaran syarat seperti terkandung di dalam fasa
1(a) - 1(j) dan fasa 2(a) - 2(i), PEMILIK boleh menamatkan perjanjian ini
dengan memberi notis tidak kurang dari tujuh (7) hari.
(d)
sekiranya PENYEWA diisytiharkan muflis maka PEMILIK boleh menamatkan perjanjian
ini.
(e)
atas pemintaan bertulis oleh PENYEWA tidak kurang dari dua (2) bulan sebelum
tarikh penamatan perjanjian ini, sekiranya pada waktu permohonan tersebut
dibuat tiada sebarang pecah perjanjian atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana
persetujuan yang terkandung di sisi yang dilakukan oleh PENYEWA maka PEMILIK
atas budi bicaranya boleh menimbangkan untuk memberi sewaan kepada PENYEWA
untuk jangkamasa dua (2) tahun lagi dari tarikh penamatan jangkamasa yang
dipersetujui di sini tanpa memperbaharui perjanjian sewa ini dengan sewaan
mengikut kadar semasa oleh PEMILIK seperti yang tertakluk dalam semua hal yang
lain pada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian
ini.
(f
) PENYEWA boleh menamatkan perjanjian ini dengan memberi dua (2) bulan notis bertulis
kepada PEMILIK.
(g)
Tiada apa-apa peruntukan di dalam perjanjian ini yang boleh mengecualikan kuasa
PEMILIK untuk menamatkan perjanjian ini lebih awal yang pada pendangannya
adalah wajar tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi notis tiga (3) bulan
bertulis kepada PENYEWA dengan menawarkan pampasan yang sewajarnya.
(h)
PEMILIK, pada bila-bila masa selepas tempoh kontrak ini, boleh menaikkan
ataupun menurunkan nilai sewaan bulanan PREMIS dengan memberi tiga (3) bulan
notis bertulis kepada PENYEWA. Nilai baru ini hendaklah berkuatkuasa
selepas tamat notis yang diberi tamat dan hendaklah dianggap sebagai salah satu
syart-syarat perjanjian selepas ini.
(i)
masa, bila-bila tersebut dalam perjanjian ini adalah menjadi intipati
perjanjian ini.
(j)
PENYEWA hendaklah sentiasa memberitahu PEMILIK sebarang pertukaran alamat
supaya notis bertulis dan arahan PEMILIK boleh disampaikan. Sekiranya
PENYEWA tidak memberitahu PEMILIK akan alamat itu atau apa-apa pertukaran
alamatnya notis dan arahan bertulis tersebut untuk hendaklah disifatkan sebagai
telah disampaikan kepada PENYEWA jika notis-notis itu dihantar kepadanya dengan
pos berdaftar ke alamat yang tersebut dalam perjanjian ini.
ADALAH
KAMI DENGAN INI FAHAM DAN SETUJU dengan kandungan perjanjian ini dan dengan ini
kami menurunkan tanda tangan masing-masing di hadapan saksi.
------------------------------
PEMILIK:
BIDAH BIN HITAM
NO.
KP: 000000-03-5463
-------------------------------------
SAKSI: KARI
BIN PETAI
NO
KP: 000000-03-5011
-------------------------------
PENYEWA:
WALIMAN BIN WALIMON
NO,
KP: 000000-03-5187
--------------------------------------------
SAKSI:
TITI BIN TATU
NO.
KP: 000000-03-2023
No comments:
Post a Comment