Ibu paling sanggup berkorban. Itu penghargaan layak diberikan kepada sotong kurita. Penghuni laut itu paling setia dalam hal menjaga anak. Sepanjang hayatnya, sotong
kurita betina hanya akan bertelur sekali.
Si ibu akan meniupkan arus halus
menggunakan sesungut untuk memastikan aliran air di sekeliling telur sentiasa
bergerak dan cukup oksigen.
Setiap detik yang berlalu, ibu sotong semakin lemah. Tetapi masih
tidak berganjak. Jika ada pemangsa yang cuba menghampiri, si ibu akan bertindak
mempertahankan telur dengan saki baki tenaga terakhir yang tinggal.
Apabila semua telur selamat menetas, ibu sotong akan mati
tidak lama selepas itu. Si ibu menghembus nafas terakhir akibat keletihan
melampau dan kelaparan yang berpanjangan. Namun kematiannya penuh makna kerana
seluruh pengorbanannya telah memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk
hidup.
Inilah pengorbanan ibu yang boleh kita pelajari dari
makhluk lain. Ibu sotong kurita mengajar kita erti pengorbanan sebenar tanpa
perlu sebarang kata-kata.
No comments:
Post a Comment