Friday, 27 June 2025

FERI PULAU BUM BUM

 
Pulau Bum Bum terletak di perairan Semporna, Sabah. Pulau paling besar itu berada di hadapan pekan Semporna, yang jaraknya sekitar 1.4 kilometer dari daratan.
 
Penduduk di Pulau Bum Bum berjumlah kira-kira 30 ribu orang. Majoritinya bekerja sebagai nelayan, pengusaha pelancongan dan pelbagai jenis pekerjaan lain di pekan Semporna.
 
Penduduk berulang alik ke pekan Semporna menggunakan bot penambang dari Jeti Balimbang dan Jeti Tongkalloh.
 
Pada 28 Februari 2012, peruntukan RM25 juta telah diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan awal Jambatan Pulau Bum Bum. Kos keseluruhan pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilomter itu dianggarkan sebanyak RM430 juta.
 
Sementara pada 2018, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum Bum dengan tanah besar Semporna.
 
Bagaimanapun, harapan penduduk Pulau Bum Bum tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang (2025).
 
Biarpun harapan agar pembinaan jambatan itu menjadi kenyataan, usaha altenatif sementara perlu dilakukan iaitu mewujudkan perkhidmatan feri yang lebih besar untuk membawa kenderaan, peralatan besar dan kemudahan lain dari daratan ke pulau telah diusahakan.
 
Feri ini berperanan penting sebagai pengangkutan harian bagi penduduk yang bekerja, bersekolah, berniaga, atau mendapatkan rawatan di pekan Semporna. 

No comments:

Post a Comment