Monday, 5 May 2025

TENGKU MAHKOTA KELANTAN DILANTIK PRO-CANSELOR UMK

 
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkuat kuasa 5 Mei 2025. 
 
Pemasyhuran berkenaan dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir sempena Istiadat Pemasyhuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14 yang berlangsung di UMK Kampus Bachok.
 
Pada istiadat itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyampaikan ijazah kepada 123 graduan UMK pada sidang pertama konvokesyen melibatkan 53 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 44 graduan Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan 22 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta empat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).
 
Pemasyhuran berkenaan menjadi satu lagi upacara penuh bersejarah yang akan memperlihatkan kelangsungan aspirasi UMK dalam melahirkan graduan berdaya saing dan berjiwa keusahawanan.
 
Diharapkan ia dapat menjayakan usaha memperkasa peranan UMK sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi terulung di Kelantan dan di peringkat nasional.

No comments:

Post a Comment