Pramugari dan pramugara biasanyanya dikaitkan dengan petugas
di dalam kapal terbang. Sebenarnya di dalam kereta api juga ada pramugari dan
pramugara. Mereka bertugas memberi layanan perkhidmatan kepada penumpang
seperti yang bertugas di dalam kapal terbang.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula menyediakan
perkhidmatan pramugari dan pramugara untuk perkhidmatan ekspres kelas pertama
pada sekitar 1980-an lagi.
Untuk kereta api ETS, khidmat pramugari dan pramugara diperkenalkan
sejak pelancarannya pada 12 Ogos 2010 bagi laluan Kuala Lumpur–Ipoh.
Mereka bertugas memberikan bantuan sepanjang perjalanan
daripada menyambut kehadiran penumpang hinggalah menyediakan makanan dan
minuman ringan.
Kini, dengan perkhidmatan ETS Business Class yang
diperkenalkan pada 2019, pengalaman perjalanan menjadi lebih eksklusif, selesa
dan penuh layanan mesra.
May i know how to apply for this job ?
ReplyDeleteMy number if you sudi kongsi 0135330215
ReplyDelete