Thursday, 15 May 2025

PRAMUGARI KERETA API

 
Pramugari dan pramugara biasanyanya dikaitkan dengan petugas di dalam kapal terbang. Sebenarnya di dalam kereta api juga ada pramugari dan pramugara. Mereka bertugas memberi layanan perkhidmatan kepada penumpang seperti yang bertugas di dalam kapal terbang.
 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula menyediakan perkhidmatan pramugari dan pramugara untuk perkhidmatan ekspres kelas pertama pada sekitar 1980-an lagi.
 
Untuk kereta api ETS, khidmat pramugari dan pramugara diperkenalkan sejak pelancarannya pada 12 Ogos 2010 bagi laluan Kuala Lumpur–Ipoh.
 
Mereka bertugas memberikan bantuan sepanjang perjalanan daripada menyambut kehadiran penumpang hinggalah menyediakan makanan dan minuman ringan.
 
Kini, dengan perkhidmatan ETS Business Class yang diperkenalkan pada 2019, pengalaman perjalanan menjadi lebih eksklusif, selesa dan penuh layanan mesra.



Kredit pemilik gambar.

2 comments:

  1. May i know how to apply for this job ?

    ReplyDelete
  2. My number if you sudi kongsi 0135330215

    ReplyDelete