Nanas yankee sejenis varieti nanas popular di Selangor. Nanas yankee telah didaftarkan
dengan Jabatan Pertanian Malaysia dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan
dengan nombor Kod AC6 pada tahun 2013.
Dari segi sejarah nanas yankee dahulu banyak ditanam di
sekitar Simpang Rengam, Johor tetapi benih ini kemudian dibawa ke Selangor dan
menjadi varieti nanas yang utama ditanam di Selangor, terutama di sekitar
Banting dan Kelang.
Apa yang unik mengenai varieti nanas ini adalah terdapat
banyak sulur sisi di sekeliling buah nanas yankee yang matang. Sulur sisi ini
lazimnya di antara 8 - 10 unit setiap biji buah yang matang dan sesuai untuk
digunakan sebagai bahan tanaman.
Justeru, tidak sukar mendapatkan sumber benih nanas yankee untuk
ditanam. Nanas yankee memang istimewa kerana pokoknya besar dan tahan lasak berbanding
beberapa varieti lain. Daunnya mempunyai duri yang tajam.
Pokoknya besar dengan ketinggian hampir 1 meter bagi pokok
dewasa yang subur. Mempunyai saiz daun yang lebar dan panjang tetapi juga
terdapat duri yang agak tajam.
Buah nanas yankee akan matang dalam masa 12 bulan selepas
ditanam. Nanas ini mempunyai warna kulit masih hijau apabila masak dengan
terdapat tanda warna tompok kuning pada beberapa mata nanas.
Kulitnya juga nipis menjadikan buah ini tidak tahan lama. Ia
juga mempunyai kulit nipis dan lembut dan mudah berair jika ditindih.
Bahagian isi nanas yankee mempunyai isi yang berwarna putih
dengan sedikit kekuningan dan ada tompok kecil warna putih. Isi buah yang masak
sangat berair (very juicy) dan akan menitiskan airnya yang manis.
Buah nanas yankee ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan
juga dijadikan produk lain seperti jus nanas, paceri nanas, pes nanas, kordial
dan sebagainya.
Apa yang istimewa adalah bahagian empulur (batang tengah)
buah nanas yankee yang lembut dan berjus.
No comments:
Post a Comment