Friday 27 November 2020

LAPACHO TINGKATKAN IMUN BADAN

Kita hidup dalam persekitaran mencabar untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Banyak sumber makanan yang dimakan, udara yang disedut, air yang diminum membawa bersama-sama unsur tidak sihat ke dalam badan kita. 

Sumber air dan udara yang tercemar menyebabkan kita sukar untuk mengelak daripada berdepan dengan situasi berbahaya kepada kesihatan. Ditambah pula dengan pengambilan makanan yang mengandungi unsur tidak sihat, serta gaya hidup yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan.

Untuk mengelak badan diserang pelbagai jenis penyakit dan keadaan tidak selamat, kita perlu mengambil pemakanan yang kaya dengan unsur antioksidan. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan adalah cara yang terbaik untuk menambah kandungan antioksidan dalam badan kita. 

Masalahnya, banyak di antara kita yang tidak minat makan buah dan sayur menyebabkan kuantiti antioksidan yang diperlukan badan tidak mencukupi. Maka, kita perlu ambil pemakanan tambahan yang kaya dengan antioksidan.

Salah satu produk yang kaya dengan unsur antioksidan ialah lapacho. Lapacho telah lama berada di pasaran negara dan dipercayai penggunanya.

Keberkesananya diakui peringkat global kerana ia bukan sahaja dijual atau digunakan di negara kita, tetapi seluruh dunia. 

Produk ini menggunakan bahagian pokok lapacho. Pokok lapacho berasal dari tanah pegunungan dan hutan hujan Paraguay, Argentina dan Brazil. Pokok ini mempunyai unsur antioksidan yang tinggi. .

Bahagian pokok lapacho didapati mengandungi nilai perubatan baik untuk menjaga kesihatan, terutama dalam aspek pencagahan. Bahagian pokok yang bernilai ialah kulitnya, khususnya bahagian dalamnya yang dipanggil 'floem'.

Lapacho digunakan sebagai antioksidan semula jadi untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh, daya mencegah penyakit, membunuh kuman, mengurangkan kesakitan, menambah pengeluaran air kencing dan juga sebagai penawar untuk racun.

Lapacho secara saintifik dikenali sebagai Tabebuia avellenedae atau T. impetiginosa. Ia juga dikenali sebagai Pau d'Arco, IPE Roxo atau Taheebo.

Lapacho adalah salah satu herba yang kuat dipenuhi banyak agen penyembuhan dan ciri-ciri antikulat. Bahan aktif utama yang terdapat dalam lapacho sangat berkesan dalam rawatan kanser dan jangkitan kuman.

Khasiat lapacho:
- Membantu menguatkan sistem imun badan
- Sifat antioksidan yang kuat.
Antivirus.
- Antibakteria.
Mengatasi demam
- Mencegah selesema.
- Antikanser.
- Merawat gout
- Mencegah kerosakan sel
- Mempercepatkan pemulihan kesakitan 
- Mengelak masalah penglihatan
- Membantu mengatasi masalah jantung
- Meningkatkan daya pencegahan penyakit 
- Melancarkan pembuangan air kencing
- Mengurangkan kesan racun 
- Meredakan resdung 
- Mengurangkan rasa gatal bahagian muka
- Mengurangkan alahan makanan laut
- Mengurangkan kesan radikal bebas

Dapatkan produk lapacho secara dalam talian. Mudah, cepat murah. Klik patutan di bawah.
PRODUK LAPACHO

No comments:

Post a Comment