Tuesday, 8 December 2020

BERKELAH DALAM KEBUN

Berkelah dalam kebun. Jika disebut ‘kelah’ atau ‘berkelah’, pasti tergambar aktiviti di pantai, di jeram atau air terjun dan tempat menarik dikunjungi banyak orang. 

Sebenarnya, itu hanya tanggapan kebanyakan orang. Kita kena faham maksud berkenalah sebenarnya.

Definisi berkelah ialah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah. Berdasarkan definisi tersebut, berkelah tidak semestinya di tepi pantai, air terjun atau tempat tumpuan ramai.

Dinamakan berkelah jika bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah.

Jadi, jika bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah di dalam kebun juga dinamakan berkelah.

Berkelahlah untuk bersuka-suka menghiburkan hati. Bawa anak-anak, ajak ahli keluarga dan panggil sama jiran untuk berkelah di tepi rumah (yang penting bukan di dalam rumah), dalam kebun dan sebagainya sambil makan-makan. Bekalan makanan boleh bawa masing-masing.

Jom berkelah.

Kelah juga merujuk kepada sejenis ikan air tawar atau ikan sungai.

Ikan kelah mudik ke hulu,
Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
Apa terjadi sudah tersurat.

1 comment: