Friday, 30 December 2016

KAEDAH KENDALI KONFLIK

Hubungan sesama manusia tidak semestinya berjalan sepeti yang kita hendak. Perselisihan pendapat, penolakan pendapat dan tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh individu atau pihak lain berlaku setiap masa. 

Justeru, kita sudah tentu merasai kesan kepada konflik yang sering berlaku itu, sama ada ia berlaku di tempat kerja, di rumah atau di mana-mana saja. Setiap konflik memberi kesan yang berlainan kepada individu yang berbeza biarpun melibatkan perkara yang sama.

Ada konflik yang kecil mudah diselesaikan. Tidak kurang juga konflik yang kecil tetapi sukar diselesaikan disebabkan kurang pengalaman. Pun begitu, secara umumnya konflik besar sudah tentu lebih sukar untuk diselesaikan. Kebiasannya, konflik itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah kita berusaha ke arah itu dengan cara atau pendekatan yang betul.

Dalam konflik melibatkan kumpulan, pemimpin atau ketua selalunya diperlukan untuk menyelesaikan konflik yang melanda itu. Dalam kes sebegini, individu di dalam kumpulan boleh dilantik atau dipilih sebagai ketua. Cara ini dapat membantu menyelesaikan konflik dengan lebih selesa, gembira, berkesan dan diterima semua ahli kumpulan. 

Sikap tidak setuju kerap melahirkan konflik. Teknik mengendalikan konflik amat membantu untuk berdepan dengan keadaan tidak bersetuju atau bantahan dengan sesuatu keadaan.

Sebenarnya, konflik berlaku dalam setiap kumpulan. Ketua kumpulan mesti memahami bahawa satu isu yang melibatkan individu dalam kumpulan juga akan memberi kesan kepada ahli dalam kumpulan jika ia tidak ditangani dengan baik. 

Belajar cara mana menangani konflik akan memberi banyak kebaikan kepada kumpulan dan memberi kepuasan kepada semua ahli kumpulan yang sentiasa dialu-alukan untuk berkomunikasi secara terbuka, bersedia mengambil resiko dan bertukar-tukar pandangan.

MEMBISU, TETAPI MASIH DI SITU
Mengelak diri daripada terlibat dengan tidak bersetuju tidak akan menyebabkan ia berlalu dengan begitu saja. Kita perlu berhati-hati dengan konflik dan membuat keputusan bagaimana untuk berdepan dengannya. Sebenarnya, konflik hanya mendatangkan kesan negatif jika tidak betul pendekatan untuk menyelesaikannya.

Adalah menjadi hak untuk kita menyatakan sesuatu yang tidak dipersetujui. Biasanya kelemahan dalam komunikasi di kalangan ahli kumpulan menyebabkan sukar untuk mengelak daripada berlaku konflik. Apa yang berlaku menyebabkan kumpulan itu akan hilang keupayaan untuk menyelesaikan konflik itu.    

Ahli kumpulan dan ketua mesti dapat menyelesaikan konflik dengan baik. Sepertimana dalam soal kepimpinan lain, kemahiran cara penyelesaian juga dapat dipelajari. Kemahiran ini dapat dipelajari dan dikuasai melalui tahap umur tertentu, bermula dari kanak-kanak hinggalah dewasa. 

MENGHALANG KONFLIK
Terdapat beberapa peringkat yang boleh digunakan ketika berdepan dengan konflik. Kita dapat membina kemahiran untuk menolong dengan melakukan strategi ini. Konflik dapat diuruskan dengan beberapa cara asas, iaitu:
- Mengelak
- Menyesuaikan
- Bertolak ansur
- Bersaing
- Kerjasama.

1. MENGELAK
Sesetengah orang cuba untuk mengelak konflik dengan cara tidak meneruskan sesuatu tindakan, menyembunyikan perasaan, mengubah tajuk perbualan, meninggalkan tempat atau menarik diri daripada tugasan.

Tindakan mengelak itu mungkin sesuai bila:
- konflik itu kecil dan tidak ada masa untuk memberi respon.
- memerlukan masa untuk menenangkan keadaan disebabkan keadaan tegang.
- memelukan masa untuk mendapat maklumat yang lebih.

Tindakan mengelak mungkin tidak sesuai apabila:
- perkara itu amat penting.
- memerlukan keputusan yang segera.
- jika tidak ada keputusan akan memberi kesan yang besar kepada situasi itu.
- penangguhan isu itu akan menyebabkan keadaan leih buruk lagi. 

2. MENYESUAIKAN 
Adalah peringkat yang mana satu strategi untuk memuaskan atau memenuhi keperluan segera untuk individu dalam kumpulan itu. Ia adalah satu penekanan kepada berkaitan konflik adalah satu perkara yang biasa dan tidak memberi penekanan dalam sudut yang lain. 

Kaedah ini dapat membantu kumpulan untuk menilai kembali hal-hal yang biasa di pertengahan konflik. Cara ini tidak patut digunakan kepada hal yang penting atau telah kritikal yang mana memerlukan perhatian segera.

3. BERTOLAK ANSUR
Kaedah ini sesuai apabila semua pihak yang terlibat berpuas hati dengan kehendak mereka dan merasakan ia perlu fleksible. Tolak ansur melibatkan perkongsian faedah semua pihak. Semua pihak patut mendapat sesuatu dan setiap pihak perlu memberikan sesuatu.

Tolak ansur berlaku apabila:
- kedua-dua pihak merasakan atau bersedia untuk mengurangkan sebahagian permintaan.
- penyelesaian di peringkat pertengahan menjimatkan masa dan usaha kedua-dua pihak.

Tolak ansur tidak terjadi apabila:
- permintaan awal terus meningkat sejak permulaan.
- tiada kesungguhan dan keikhlasan untuk bertolak ansur.

4. BERSAING 
Semasa konflik, strategi persaingan digunakan untuk menunjukkan kuasa. Ia adalah satu pendekatan yang diketahui akan ada pihak yang menang dan pihak satu lagi mengalami kekalahan. 

Persaingan akan membolehkan satu pihak menang. Sebelum menggunakan kaedah persaingan sebagai satu strategi penyelesaian dalam konfik, mesti terlebih dulu menentukan sama ada atau pihak yang tidak menang dalam konflik ini memberi kebaikan kepada individu atau kumpulan.

5. BERKERJASAMA 
Strategi ini untuk menggalak kerja berkumpulan dan kerjasama di kalangan ahli kumpulan. Kerjasama tidak menetapkan pemenang atau kalah. Ia tidak melibatkan penguasaan antara yang terlibat.

Kerjasama amat baik apabila:
- setiap individu mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
- ada masa untuk semua pihak berkongsi pandangan dan perasaan.
- ahli mahukan satu keputusan yang terbaik untuk kumpulan besar.
- individu merasakan sanggup menukar fikiran apabila lebih maklumat ditemui dan pendapat baru hasil cadangan ramai.

Kerjasama tidak memberi kebaikan jika:
- masa agak terhad dan setiap orang mesti bertindak sebelum mereka dapat bekerjsama menyelesaikan konflik itu.
- tidak saling mempercayai, tidak menghormati atau tidak ada perbincangan di dalam kumpulan untuk mengadakan kerjasama.

CARA KERATIF UNTUK MENYELESAIKAN KONFLIK
Terima kenyataan bahawa konflik telah dan sedang berlaku. Tetapkan satu langkah yang positif untuk menyelesaikannya. Jika itu berlaku, berbincang secara terbuka tentang konflik itu dengan ahli kumpulan.

Uruskan satu isu pada masanya. Mungkin terdapat lebih daripada satu isu yang terlibat dalam konflik pada satu-satu masa. Ada seorang dalam kumpulan perlu dijadikan sebagai ketua untuk menentukan isu-isu yang sedang berlaku. Kemudian, hanya satu isu saja pada masa itu yang perlu diberi keutamaan untuk diselesaikan.

Jika terdapat permasalah lain yang timbul menghalang penyelesaian yang sedang dilakukan, senaraikan itu sebagai salah satu isu dalam konflik ini. Ia mungkin dapat diselesaikan sebelum konflik semasa dapat diselesaikan. 

Pilih masa yang sesuai untuk selesaikan konflik. Beberapa individu telah berminat terhadap konflik itu. Kita seperti menunjukkan sikap penetangan jika dirasakan wujud unsur paksaan untuk berbincang. 

Elakkan memberi tindakbalas terhadap perkara yang tidak perlu diberi perhatian. Perkataan seperti ‘selalu’ dan ‘tidak sekali-kali’ mungkin memberi satu tamparan dan memberi makna yang tidak memberi apa-apa erti. Perasaan marah akan meningkat berbanding sebelumnya sehingga menyebabkan tertutup peluang untuk menyelesaikannya.

Elakkan kepuputusan terlalu awal atau cepat. Manusia memerlukan masa untuk memikirkan segala kemungkinan penyelesaian dan kesan setiap tindakan. Jawapan pantas mungkin menutup permasalahan sebenar. Semua pihak perlu merasakan kepusan itu dan keputusan yang mereka terima. Keputusan konflik tidak sepatutnya dibuat secara terburu-buru.

Elakkan memanggil nama dan sifat mengancam. Semua pihak perlu mempertahankan maruah dan perhormatan diri. Ancaman biasanya akan meningkatkan konflik dan berulang pada masa hadapan.

Bersetuju untuk tidak bersetuju. Menghormati pihak yang lain dan menghargai perhubungan adalah dua sebab yang baik untuk tidak bersetuju, tetapi memilih tidak membenarkan perkara yang tidak dipersetujui yang memberi kesan kepada kumpulan. 

Jangan mendesak untuk kebenaran. Kebiasaannya terdapat beberapa keputusan yang betul untuk setiap masalah. 

KELAKAR DAN KONFLIK
Ketawa amat berkesan untuk menhilangkan tekanan dalam keadaan konflik. Jenaka yang kena pada masanya dapat kembali memberi tumpuan dan melihat kesan sampingan yang mana mungkin tidak jelas sebelumnya.

Ketua boleh membaca atau menceritakan kisan lucu pada awal pertemuan. Ketawa bersama dapat membantu individu dapat menerima perbezaan dan mampu bergembira antara satu sama lain dalam kumpulan. 

Kisah kelakar biasanya lebih berkesan jika ia mempunyai kaitan dengan situasi yang dihadapi. Kisah kelakar terbaik berdasarkan pengalaman peribadi. Bagaimanpun, elakkan menggunakan kisah lucu yang mengaibkan atau tidak disenangi seseorang. 

BAYANGAN UNTUK ORGANISASI
Pemilihan ketua organisasi mempunyai kesan yang kuat dalam menentukan hubungan dalam kumpulan. Pengaruh itu mungkin kesan positif maupun negatif bergantung bagimana kumpulan itu berfungsi. Kumpulan itu mesti mengadakan pemilihan yang berterusan untuk berkongsi kepimpimpnan dan mengurangkan kadar kemungkinan ada ahli yang menyebbkan persekitaran yang negatif dalam masa yang lama.  

No comments:

Post a Comment