Friday, 30 December 2016

JENIS PENDEKATAN KAUNSELING

Jenis-jenis pendekatan kauseling yang biasa diamalkan dalam proses atau kaedah kaunseling. Setiap jenis pendekatan mempunyak kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

1.  BRIEF THERAPY  
Sejarah brief therapy atau caunseling bermula sejak Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 1945. Pada ketika itu manusia mula memikirkan tentang persoalan penyakit, kesihatan, kataris, galakan, bersedia berdepan dengan masalah dan mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan cabaran. 

Perubahan ini dipengaruhi oleh suasana ketika itu yang mana banyak cabaran dan perkara yang perlu dihadapi. Kaedah ini menumpukan kepada pengurusan entiti diri dan mengarah kepada matlamat bagi memperbaiki diri dan usaha untuk bergerak kepada matlamat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Keadaan hidup yang sukar dan penuh cabaran pada ketika itu membuka dimensi baru dalam pengurusan diri yang mana mereka lebih berkeyakinan untuk berdepan apa-apa jua masalah yang tidak diduga.

Perkembangan lanjut mengenai brief counselling memperlihatkan konsep komunikasi dan keluarga. Gregory Bateson telah memperkenalkan idea cybernetics yang menjadikan komunikasi manusia sebagai asas terapi. 

Selanjutnya, pada tahun 1973, Haley telah memasukkan unsur pendekatan strategik ke dalam brief therapy yang menumpukan permasalahan secara lebih fokus secara strategik yang menjadikan ia lebih mantap dan berstruktur.

Sebelum itu, Erickson telah menggunakan pendekatan lebih terarah kepada terus mencari penyelesaian masalah, tanpa banyak melihat sejarah atau punca masalah itu. Dia berpegang kepada konsep bahawa melihat lebih lama ke belakang, akan lebih sukar atau lama mencari penyelesaian di hadapan apabila terlalu banyak masalah lalu dirasakan perlu diselesaikan.

Brief counselling mempunyai beberapa pendekatan yang antara lainnya menjelaskan mengenai matlamat kecil, spesifik, boleh dicapai, komited, permulaan kepada penyelesaian masalah dan menghasilkan tingkah laku yang diingini. 

Pendekatan lain turut terkandung ialah membina dan menyusun semula elemen yang ada dalam diri klien. Selain itu ia turut memberi fokus kepada perubahan dan peluang perubahan.

Brief counselling turut menggunakan pendekatan membina matlamat dan memandang ke hadapan. Ia turut memberi perhatian kepada pendekatan memberi tumpuan kepada tindakan yang betul dan yang berjaya, sentiasa berhati-hati, menggunakan jenaka dan mempelajari tingkah laku baru. 

Antara teknik yang polular digunakan dalam pendekatan ini ialah soalan ajaib dan soalan berskala. Teknik ini mengarah kepada penentuan darjah motivasi perubahan klien dan perubahan tingkah laku klien.

Antara aktiviti soalan ajaib ialah ahli kelompok diminta mengisi borang matlamat. Mereka perlu berfikir mengenai matlamat yang realistik dan mampu dicapai. Ahli kelompok akan memberi pujian kepada mana-mana ahli kelompok yang mampu menetapkan matlamat untuk penyelesaian masalah. Ahli kelompok diminta menilai penetapan matlamat untuk penyelesaian masalah yang dihadapi dengan mengisi borang penilaian penetapan matlamat diri.

Secara keseluruhannya pendekatan ini mengarah kepada proses binaan semula, yang mana semua dimensi yang diperlukan oleh klien telah wujud. 

Apa yang perlu ialah susunan semua dimensi tersebut dalam membentuk yang baru dan penolong akan cuba menggalakkan dan memperkuatkan tingkah laku menyelesaikan masalah yang ada pada klien untuk membantu klien menangani masalah mereka sendiri.

2. GESTALT THERAPY   
Pelopor pendekatan ini ialah Friderich Salomon Perls. Ia merupakan satu pola atau corak yang diminati oleh seseorang itu. Seseorang dikatakan bermasalah kerana dia belum berjaya melengkapkan persepsinya. Manusia sebenarnya bertanggungjawab terhadap kehidupannya sendiri. Justeru itu, hanya individu berkenaan sendiri dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi olehnya. 

Pendekatan ini menggunakan konsep yang mana apa-apa yang dihadapi hendaklah dilihat melalui pandangan sekarang. Masalah lalu adalah sejarah yang tidak lagi mempunyai apa-apa erti dan akan menyebabkan individu terhalang merasai dan menjiwai apa yang sedang dialami sekarang.

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah perlulah kita lebih menggunakan penekanan mengenai persoalan apa dan bagaimana, bukannya menekankan aspek kenapa dan mengapa.

Sesungguhnya, perkara yang belum selesai menggalakkan individu melepaskan semua rasa terpendam supaya tidak menganggu cara manusia berfungsi masa depan.

Pendekatan model ini membuatkan klien tidak bergantung kepada orang lain. Mereka membina keyakinan diri dan merasakan mampu melakukan perkara-perkara yang melampaui kemampuan biasa mereka.

Dengan pendekatan ini, klien dapat merasai nikmat kehidupan sebenar yang sebelum ini dia merasakan ada halangan untuk ke arah itu. Mereka dapat mengenali diri sepenuhnya dan memggunakan potensi diri untuk mengubah personalitinya. 

Bagaimanapun, perlu diingatkan dalam menggunakan model ini, pastikan bahawa apa yang dicadangkan kepada klien tidak pula dianggap olehnya sebagai perintah. Klien perlu menilai syor kaunselor dan menentukan sendiri sama ada menerima atau menolaknya. 

Pun begitu, jika klien menolak, penerokaan terhadap diri klien perlu dilakukan untuk mengenal pasti mengapa dia menolak dan menyedarkan mereka tentang cadangan itu serta kesannya jika menerima atau menolak.

Klien perlu sedar bahawa apa-apa cadangan yang diberikan adalah satu percubaan dan bukannya satu tindakan yang memberi kesan muktamad.

Secara rumusannya, model ini menekankan perihal kesedaran masa kini dan di sini. Perkara lepas adalah sejarah yang tidak perlu dimasukkan ke dalam perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyelesaikan masalah.

Ia turut memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangannya. 

Model ini memberi penekanan bahawa klien perlu menerima keyakinan diri untuk menerima tanggungjawab berkaitan dirinya sendiri. Mereka diberi peluang untuk mengalami dan menyelami perasaan sendiri, dan mereka hendaklah menjauhkan diri daripada merasa berputus asa.  

3.  REBT THERAPY
Pelopor model REBT Therapy ialah Albert Ellis dengan menekankan tiga aspek utama iaitu kognitif, emotif dan tingkah laku. Ini merangkumi pemikiran, penilian, penganalisaan, perlakuan serta membuat keputusan. 

Model ini menekankan kepada prinsip tentang tanggungjawab emosi. Ia juga menjurus kepada memahami penentuan sesuatu masalah, meletakkan matlamat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat.

Sebenarnya, manusia menanggung atau mengalami masalah emosi disebabkan terlalu mementingkan atau meletakkan ‘mesti’ dan ‘patut’ dengan cara mutlak. Jika apa yang mesti dan patut itu tidak berjaya dilakukan, maka timbullah tekanan emosi. Sedangkan sepatutnya ia tidak menimbulkan apa-apa masalah atau bukan satu masalah besar biarpun tidak berjaya dilakukan. 

Kegagalan melaksanakan tanggungjawab diri mengheret manusia kepada dilema dan menyalahkan diri sendiri. Masalah ini menjadi lebih teruk jika ada pihak lain pula yang memberi tekanan dan menyalahkan dirinya.

Model REBT menetapkan beberapa prosedur yang biasa diamalkan. Antara perkara yang ditekankan ialah memberi maklumat REBT kepada klien yang berpotensi. Sebarang penyataan masalah hendaklah dibuat dengan jelas dan konkrit.

Ketika proses, perlu dinyatakan peranan kaunselor dan tanggungjawab klien. Ia turut menekankan kepada mengenal pasti masalah utama, bina matlamat dan pastikan kesediaan klien. 

Turut dijadikan prosedur ialah pembentukan dan perl;aksanaan perancangan utnk perubahan tingkah laku dengan menggunakan teknik yang sesuai dengan salah penyesuaian. Untuk lebih berkesan, berikan tugasan dengan lebih kerap, dan pastikan klien melaksanakan teknik-teknik semasa di luar sesi.

Ia turut menekankan aspek meletakkan pembelajaran kepada perlaksanaan. Untuk memastikan kejayaan pula memerlukan kepada sikap istiqamah atau komited melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.

No comments:

Post a Comment