Ramai menyangka seroja sering kali dianggap
sebagai tanaman yang sama dengan teratai. Padahal keduanya sangat berbeza.
Seroja atau lotus merupakan tanaman dari genus Nelumbo sedangkan teratai
bergenus Nymphaea.
Secara pandangan dengan mata kasar kedua
jenis tanaman ini boleh dibezakan. Ia dibezakan dengan ujudnya bunga dan daun seroja
yang selalunya berada di atas permukaan air (tidak mengembang) sedangkan pada
teratai bunga dan daunnya mengembang di permukaan air.
Apakah dia manfaat bunga seroja ini? Adakah
nilai komersil lain selain daripada untuk lambang keagamaan?.Tumbuhan seroja
atau lotus sering kali dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk mencantikan
landskap taman atau premis tertentu.
Selalunya ia adalah tanaman penting sebagai
penghias kolam ditaman atau depan rumah. Rizomnya memang boleh dimakan dan
bahagian bijinya boleh diproses menjadi tepung untuk dijadikan bahan makanan. Seroja berbunga
sepanjang tahun.
Seroja merupakan jenis bunga yang paling
kerap digunakan sebagai simbol dalam agama Hindu mahu pun Buddha. Terdapat
kepercayaan yang bunga seroja tumbuh di atas tapak kaki Gauthama Buddha
sehinggakan ia dikatakan bunga yang suci. Dikatakan juga roh Buddha berada di tengah-tengah
kelompak bunga itu.
Di China bunga seroja yang tumbuh di atas
lumpur dan permukaan air serta menghasilkan bunga yang amat cantik dan
digunakan untuk nama-nama perempuan dalam masyarakat mereka.
Antara ciri-ciri tumbuhan bunga seroja secara
umum terdiri daripada bahagian akar, rizom, daun, batang dan bunga. Bahagian akar
dan rizom seroja selalunya akan berada dalam lumpur tanah di dasar kolam atau
pasu besar.
Dari rizom ini muncul beberapa tangkai yang
panjangnya hingga mencapai 1.5 meter yang menjalar. Terdapat tangkai rizom
seperti berbentuk tabung dengan rongga di tengahnya semacam pelampong.
Kemudian dari ujung tangkai inilah kemudian
keluar daun yang muncul di atas permukaan air.
Daun seroja adalah berbentuk lingkaran seakan
ia bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun terkumpul di tengah-tengahnya
serta permukaannya atas daun berlapiskan lilin.
Ukuran lebar atau diameter daunnya dapat
mencapai hingga 60 cm. Jika diperhatikan dengan teliti bahagian bunga seroja
atau lotus muncul di atas permukaan air dengan tangkai yang kukuh dan kuat
membentuk jambak bunga.
Bunganya berwarna menarik yang terang berwarna
putih bersih, kuning atau merah jambu dengan ukuran diameter bunga sekitar 20
cm.
Bijinya kaya dengan tepung sehingga boleh
dimakan atau diolah menjadi bahan makanan. Biji yang direbus, dihaluskan dan
dicampur gula menjadi isi kuih bulan.
Tanaman dapat berkembang biak daripada biji
yang sudah tua atau melalui keratan batang. Seroja dapat ditanam di dalam pasu
berisi tanah berlumpur yang berair.
Di negara China, biji yang masih muda
dijadikan minuman pengganti teh. Bahagian yang berlubang-lubang seperti sarang
lebah dijual dalam bentuk kering sebagai pelengkap dalam seni menggubah bunga
kering.
Daunnya lebar sehingga sering digunakan
sebagai pembungkus, terutama pembungkus ikan di pasar tradisional sebelum
penggunaan beg plastik menjadi popular.
No comments:
Post a Comment